JAWATAN KOSONG DI VALE..

Syarikat Lombong Vale Cari Tenaga Tempatan

KUALA LUMPUR – Syarikat perlombongan terkemuka dunia, Vale sedang mencari ramai bakat dari Malaysia yang sesuai untuk berkhidmat dengan syarikat tersebut.

Pejabat Vale di Malaysia melalui satu kenyataan memberitahu, pihaknya memerlukan ramai tenaga bagi pusat pengedaran bijih besinya yang sedang dibina di Teluk Rubiah, Perak.

Kata kenyataan itu, pada masa ini terdapat sebanyak 1,000 pekerja dalam fasa pembinaan pusat pengedaran itu dan pusat itu tenaga kerja sehingga 4,000 orang apabila ia beroperasi sepenuhnya menjelang Jun 2014.

“Pencarian bakat pada waktu ini sedang dilakukan melalui “Karnival Jom Cari Kerja” di Perkarangan Bangunan Persekutuan, Seri Manjung, Perak.

“Inisiatif ini merupakan cara Vale mengembangkan tenaga kerjanya. Vale mempunyai reputasi global yang baik dalam menjana peluang pekerjaan tempatan serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, selain mencari calon yang berpotensi untuk penempatan profesional, Vale juga mengambil pelatih sepanjang bulan Mac hingga Mei untuk fasa operasinya.

Kata kenyataan itu, para pelatih akan diambil pada bulan Jun dan diberi latihan bermula bulan Julai tahun ini. Vale dijangka akan mengambil seramai 60 graduan diploma untuk pengambilan pertama ini.

Vale yang beroperasi di lebih daripada 38 buah negara merupakan pengeluar terbesar bijih besi dan pelet, bahan mentah utama bagi industri keluli serta nikel yang digunakan untuk menghasilkan keluli tahan karat, bateri, aloi khas, bahan kimia dan produk-produk lain di dunia.

Syarikat ini juga menghasilkan tembaga, mangan, campuran besi-aloi, bauksit, alumina, aluminium dan arang batu serta lain-lain bahan mentah yang penting kepada sektor perindustrian global serta keperluaan dalam kehidupan seharian.

Vale mempunyai Organisasi Kongsi Khidmat atau Shared Services Organization (SSO) di Malaysia dan sedang membangunkan hab perindustrian dan pusat pengagihan bijih besi di Teluk Rubiah.

6 thoughts on “JAWATAN KOSONG DI VALE..

  1. shaharolizuan bin sharuddin says:

    Mohon jasa baik tuan sekiranya dapat menawarkan pekerjaan kepada saya. Saya mahir dalam bidang elektrial.. sata amat berbesar hati sekiranya dapat menghubungi saya di talian 0125899591. . Terima kasih.

  2. Rashidah binti abdul rahman says:

    mencari perkerjaan sebagai kerani pentadbiran secepat mungkin kerana sudah lama x berkerja.

  3. Rashidah bt Abdul Rahman says:

    I want to be your workers ..as a admin clerk. Asap pls call me … Study untill spm … Have 15 experience in construction line as a clerk.

  4. Muiz says:

    assalamualaikum…saya berminat untuk bekerja di syarikat lombong vale.saya merupakan lepasan stpm.mohon jasa baik tuan sekiranya dapat menawarkan peluang pekerjaan ini kepada saya.saya juga pernah berkhidmat sebagai pembantu/helper dalam pemansangan air – cond kapal perang tldm di boested dorkyat.saya boleh dihubungi di talian 0174504188.thank you..

  5. ahmad danil b abdul jalil says:

    bagaimana saya nak apply kat VALE ? saya mempunyai Diploma kejuruteraan Awam. saya berminat untuk bekerja sesuatu bidang baru . tolong hubungi saya . 017 3947677

  6. Prithiya Kumari says:

    Hi, saya dari pangkor,, Dan juga lepasan Spm,, saya berminat nak kerja kat vale,, i really need a job,,, this is my num 0175208320, tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s