PENYOKONG FANATIK BOLASEPAK SARAWAK DIDAKWA BELASAH POLIS

KUCHING 10 April – Seorang penyokong fanatik skuad bola sepak Sarawak yang menumbuk seorang anggota polis sehingga pengsan Sabtu lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah anggota polis terbabit dan menghalang tugas polis.

Abang Saiful Zahrin Abang Abdul Rahim, 30, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad.

Mengikut pertuduhan pertama, Abang Saiful Zahrin didakwa dengan sengaja mencederakan Lans Koperal Amzari Othman, 33, menggunakan gelang sehingga mangsa mengalami kecederaan parah di atas bibir di Stadium Negeri kira-kira pukul 11 malam, 7 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia dan adiknya, Abang Mohammad Zakri, 28, didakwa secara bersama-sama bertindak menghalang tiga anggota polis menjalankan tugas bagi meleraikan mereka daripada membuat kacau di Stadium Negeri pada masa dan tarikh yang sama.

Tuduhan pertama dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebatan.

Sementara itu, tuduhan kedua dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Abang Muhammad Zakri juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Carl Patrick Ramesh manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam-peguam, Shankar Ram Astani dan Daniel Lim.

Dayang Ellyn Narisa membenarkan setiap tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 beserta dua penjamin sementara menunggu perbicaraan yang dijadualkan pada 13 Julai ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s