JINGGA 13 YANG KEGHAIRAHAN ISU..!!!

ismailsabri-jingga

Pembangkang ingat lepas dapat ‘mandikan’ Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil isu NFC, mereka boleh guna cara sama terhadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mereka tuduh Ismail rasuah salah guna kuasa terhadap isu pelanjutan khas koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad padahal ia  urusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Gara-gara main kutip saja maklumat tidak lengkap, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa hampir tanggung malu kerana tidak dapat bagi jawapan meyakinkan bila ditanya wartawan dalam sidang media mereka di Lobi Parlimen, Selasa.

Jingga 13 merupakan ‘ pasukan khas’ PKR yang antara lain jadi tukang selongkar dan desak itu ini menjelang pilihanraya umum 13.

Ada wartawan yang gelihati dan ada yang naik fedup melihat gelagat mereka.

Pada mulanya Fariz beria-ia baca kenyataan dakwa Ismail salah guna kuasa kerana hanya koperasi Tanjung Keramat dapat keistimewaan operasi guna model tiga sedangkan kononnya 7,000 koperasi lagi sudah dilarang berbuat demikian.

Kononnya semua koperasi ini rugi sebab kena beralih pada model atau garis panduan 6 dan 7 (GPS6 dan GPS7) tetapi Tanjung Keramat yang pengerusinya isteri Timbalan Ketua Menteri Sabah dapat layanan istimewa.

Fariz main hentam keromo saja kerana jumlah koperasi yang terbabit dengan kredit atau pinjaman tidak sampai banyak itu pun. Hanya 658 saja. Angka 7,000 adalah jumlah koperasi seluruh Malaysia.

Bila ditanya, apa ruginya kerajaan atau rakyat dalam isu tersebut, Zuraida dan Fariz jawab, tidak rugi apa-apa pun.

Kalaju tidak rugi apa-apa, jadi apa masalah mereka dedah perkara itu pun tidak tahu.

Alasan lain kerana nak tuduh Ismail salah guna kuasa dan rasuah.

Bila wartawan minta bukti, Fariz Cuma baca kandungan surat yang menyebut Menteri KPDNKK supaya SKM memberi pertimbangan sewajarnya keatas rayuan koperasi itu untuk melaksanakan model tiga kerana koperasi baru diluluskan, tiga bulan sebelum arahan mansuhkah penggunaan model tersebut.

Difahamkan, kerana sebab itu Tanjung Keramat buat rayuan dibenarkan guna model tiga untuk jalankan koperasi sebelum dapat laksanakan GP6 atau GP7.

Adakah surat sokongan macam itu rasuah? Sekali lagi kedua-dua mereka susah nak jawab soalan tersebut.

Akhirnya sidang media lebih setengah jam itu hanya buang masa wartawan yang bertugas di Palimen sahaja.

Senang cakap, Zuraida dan Fariz bukan saja kantoi tapi malu bila diasak minta ceritakan lebih terperinci pasal dakwaan penyelewengan yang dimaksudkan itu.

Malah Zuraida dah nak naik angin hingga tanya seorang wartawan yang dok asak soalan dari media mana.

Mujurlah ada seorang wartawan cakap ..OK..cukuplah.

Moral pada cerita ini adalah supaya pembangkang jangan syok sangat nak dedah macam-macam tetapi bukti lengkap tidak ada.

Lagi pun, kalau nak cari nama, tolong jangan hari-hari datang Parlimen buat sidang media..penat dah wartawan di Lobi Parlimen layan gelagat orang luar yang datang adakan sidang media di situ.

Lobi Parlimen dulunya menjadi tempat khas ahli-ahli Parlimen BN atau pembangkang adakan sidang akhbar.

Namun kebelakangan ia sudah jadi ‘pasar borong’ bila ahli Parlimen pembangkang kerap heret geng mereka di luar buat sidang akhbar di situ untuk kasi gah isu yang dibawa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s