PELAJAR PEREMPUAN HIDUP MEWAH DIPERCAYAI JUAL PIL KUDA

BESUT: Tindakan seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Jerteh, di sini yang menayang wang RM800 kepada rakan-rakannya, membongkar rahsia dia dipercayai menjual pil kuda.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata perbuatan pelajar itu disedari gurunya dan kerana curiga, terus melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis dalam kejadian Isnin lalu.

Katanya hasil siasatan polis, pelajar perempuan itu mengaku melakukan aktiviti sampingan membantu bekas teman lelaki menjual pil kuda di luar waktu sekolah sejak empat bulan lalu.

Gadis itu bagaimanapun menafikan menjual dadah kepada pelajar sekolah lain.

Kamaruddin berkata susulan itu, pihaknya menahan teman bekas teman lelaki pelajar berkenaan yang berumur 19 tahun dan abang lelaki itu yang berumur 34 tahun pada hari yang sama. “Bekas teman lelaki pelajar itu ditahan di sebuah wakaf di Kampung Air Terjun kira-kira pukul 4.30 petang Isnin lalu dan ketika ditangkap, polis menemui 100 biji pil kuda (methamphetamine) daripadanya,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya berdasarkan maklumat daripada pemuda berkenaan, pihak polis memberkas abangnya kira-kira 45 minit kemudian di sebuah rumah kampung yang sama.

Menurut Kamaruddin polis turut menemui tujuh biji pil kuda di dalam rumah tersebut.

Katanya ujian saringan air kencing mendapati pelajar perempuan itu dan bekas teman lelakinya negatif dadah, bagaimanapun abang pemuda itu positif pil methamphetamine.

Katanya dua beradik itu ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1)Akta Dadah Berbahaya 1952.

-BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s