ADA BERANI : GANJARAN WANG JIKA DAPAT TANGKAP PONTIANAK

Ganjaran Wang Jika Berjaya Tangkap Pontianak

Tamil Naidu – Seorang ahli politik, O. Jayaraman, menawarkan ganjaran sebanyak $2000 kepada sesiapa yang berjaya menangkap pontianak yang didakwa penduduk telah menghisap darah binatang ternakan mereka pada waktu malam.

Berikutan itu, penduduk di bandar Dharampuri kini dalam ketakutan dan tidak lagi keluar pada waktu malam susulan dakwaan tersebut.

Mereka juga turut meletakkan mesej di depan pintu merayu pontianak yang dikenali sebagai Ratha Kaatteri, supaya tidak membunuh mereka.

Bagaimanapun Jayaraman menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai khabar angin yang sengaja disebarkan oleh penjenayah kerana mereka tidak mahu penduduk kampung itu mengganggu aktiviti jenayah mereka pada waktu malam.

Bagi membuktikan bahawa ia hanya berita palsu, Jayaraman terpaksa membuat tawaran berkenaan.

“Ia adalah khabar angin. Ia disebarkan oleh penjenayah dan pengilang samsu haram yang merasakan aktiviti mereka terjejas telah mereka cerita berkenaan,” katanya.

Mengikut kepercayaan penduduk, Vetala adalah roh jahat yang mendambakan kematian.

Menurut lagenda, ia digambarkan sebagai separuh manusia dan separuh kelawar, dan mempunyai persamaan dengan cerita pontianak dari barat.

==>> Sepatutnya …. ganjaran wang juga diberikan kepada yang berjaya ‘tangkap’ gambar pontianak ni… memang berani…. guna camera apa???…..hahahahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s