BERSIH 3.0 : PENGKHIANAT NEGARA BERSELINDUNG DI SEBALIKNYA!

BERIKUT adalah kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web BERSIH.

BERSIH 2.0 bertegas bahawa Pesuruhjaya Pilihan Raya  telah dipertanggungjawabkan untuk membersihkan daftar pemilih. Terdapat lebih dari400,000 pengundi yang disyaki. Nama-nama pengundi yang disyaki ini telah ditemui oleh Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP).

Perkara ini mesti diselesaikan sebelum Pilihanraya Umum yang akan datang.

Lebih memeranjatkan lagi, penipuan terus-menerus dirancang. Kerja jahat ini telah diketahui oleh orang ramai. Ianya tidak dapat disorokan lagi. Penipuan ini  telah menerima  teguran  Jawatan Kuasa Pilihan Khas (JKPK) tentang penambahbaikan pilihan raya. Beberapa kes  penipuan yang dirancang jelas kelihatan. Berikut  adalah contoh:

  1. Dalam suku tahun terakhir 2011, tiada kematian dilaporkan di bawah Code 33 di Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, dan Tanjong Karang. Namun demikian, banyak sijil kematian telah dikeluarkan di tempat-tempat tersebut pada suku tahun itu. (Suku tahun keempat 2011)
  2. Pendaftaran dua kali ditemui ketika 15,520 pengundi di Sabah dan 8,585 pengundi di Sarawak didaftarkan semula di Selangor. (Suku tahun pertama 2012)
  3. Masih terdapat lebih 15 orang didaftarkan sebagai pengundi dalam sebuah rumah. (Suku tahun pertama 2012)
  4. Di Selangor sahaja, sebanyak 7,841 pengundi didaftarkan di bawah Code 71,  code ini  untuk warganegara dilahirkan di luar negara (Suku tahun pertama 2012). Siapa mereka ini?

http://bm.bersih.org/?p=2697

Walaupun pendedahan ini pernah dikeluarkan satu masa dahulu, tapi pendedahan kali ini penting untuk menunjukkan kepada semua rakyat Malaysia, who the real culprit?

Cuba tengok bukti ini, siapa sebenarnya yang bernombor kad pengenalan 71 di Selangor?

 

 

 

Sudah terang lagi bersuluh, pemimpin PKR dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha Agung pun adalah golongan yang dipertikaikan oleh BERSIH 3.0. Lebih menjengkelkan adalah kenapa BERSIH 3.0 suruh ahli SPR letak jawatan kerana kod 71? Sepatutnya BERSIH menyuruh Ahli Parlimen di atas letak jawatan kerana menjadi PENGUNDI HANTU!!! Pendedahan yang berikutnya lebih sensasi.

 

Badrul Amin dan bapanya dilahirkan di Indonesia tetapi telah diangkat begitu tinggi oleh pembangkang dan menafikan hak rakyat Malaysia

Lihatlah bagaimana Badrul Amin dan bapanya juga bukan warganegara. Berikut adalah maklumat SULIT mengenai macam mana Badrul Amin yang lahir di Indonesia dan tarikh dia menjadi warganegara Malaysia.

Tempat Lahir : Indonesia
No. Sijil Warganegara : 570294

Tarikh Menjadi Warganegara : 29 September 1978.

Apa yang lebih teruk lagi adalah pembangkang dan BERSIH mempertikaikan pengundi berkod 71 seramai 7841 tetapi membenarkan wak Indon macam Badrul Amin bukan sahaja bertanding sebagai calon pembangkang beberapa kali, tetapi melantik Wak Indon Badrul Amin sebagai Pengarah Penerangan Kerajaan Selangor berpangkat JUSA dan menafikan hak rakyat Selangor untuk menjawat jawatan tersebut.

Tidak hairanlah kenapa pemimpin-pemimpin PKR di atas tidak menghormati SPB YDP Agong semasa perlantikan baginda. Kerana mereka bukanlah rakyat Malaysia. Kesetiaan mereka juga bukan kepada Malaysia. Sebagai bukti, Saifuddin Nasution telah mengadakan perjumpaan sulit bersama pegawai kedutaan Singapura, negara kelahiran Saifuddin untuk merangka strategi ketika Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau.

Perbincangan Saifuddin Nasution dengan Walter Chia, pegawai kedutaan Singapura

Itu baru PKR, PAS juga ada kaitan dengan pengkhianat negara seperti ini. Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah yang sebelum ini Pesuruhjaya PAS Sabah juga lahir di Indonesia. Ketua Pemuda PAS yang bernama Lahiru Latigu (nama pun dah tau bukan nama orang Malaysia) juga lahir di Indonesia.

Sebagai penutup, mari kita tengok gambar si pengkhianat negara ini berselindung di sebalik BERSIH.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s