POLIS SAHKAN PESERTA DEMO BUAT PROVOKASI

Polis Sahkan Peserta Demo Buat Provokasi

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam ini mengesahkan peserta demo Bersih 3.0 mula melakukan provokasi dan gangguan lalu lintas.

Perkara itu disampaikan melalui laman Facebook milik pasukan keselamatan berkenaan.

“Peserta perhimpunan mula membuat provokasi dengan laungan “Reformasi” dan mengganggu lalu lintas di sekitar Dataran Merdeka,” – demikian menurut status PDRM.

Disebabkan status itu, berlaku tuduh menuduh antara penyokong Bersih dengan kumpulan yang tidak senang dengan tindak tanduk Pengeryusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga dan pengikutnya di Fanpage berkenaan.

Terdahulu, dilaporkan sekitar 300 ke 1,500 orang terlibat dalam provokasi berkenaan yang bermula sekitar pukul 11 malam tadi, jauh lebih awal daripada jadual asal Bersih 3.0 yang sepatutnya bermula 2 petang ini.

Insiden malam ini memperlihatkan Ambiga gagal mengawal peserta demo dan wajar dikenakan tindakan undang-undang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s