66 TAHUN UMNO DI MALAYSIA, JASA TIDAK TERHITUNG

 

PENGKALAN CHEPA, 1 Mei – UMNO telah memainkan peranan yang amat besar membangunkan Malaysia dalam tempoh yang singkat sehingga menjadi contoh kepada negara-negara Islam dan membangun.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, justeru itu, amat penting untuk rakyat negara ini terutama ahli UMNO untuk memperingati sejarah serta jasa parti itu selepas 66 tahun penubuhannya.

Beliau berkata, parti tersebut juga telah berjaya membawa negara ke hadapan berbanding negara Islam yang lain walaupun saiz dan jumlah umat Islam di Malaysia lebih kecil.

“Malaysia telah menjadi negara contoh dalam banyak aspek dan ini terbukti melalui statistik yang dikeluarkan oleh badan dunia, seperti, Malaysia adalah negara ke-19 teraman, kesepuluh berdaya saing, berada di tempat pertama untuk muamalat dan perbankan Islam serta berjaya melahirkan angkasawan Islam yang pertama.

“Negara kita juga mempunyai perdagangan antarabangsa yang tertinggi, kita juga merupakan negara kesembilan di dunia dapat menarik pelancong, jadi kalau dikira statistik antarabangsa ini, kita boleh berbangga dengan kejayaan kerajaan yang ditunjangi UMNO ini,” katanya.

Beliau berkata selepas melepaskan Larian Bendera Sempena Sambutan Hari UMNO Ke-66 di Sekolah Kebangsaan Semut Api di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Dali Hussin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengkalang Chepa.

Larian Bendera yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini dilancarkan serentak di 12 lokasi berasingan di seluruh negeri ini. Para peserta akan berlari di seluruh daerah sebelum menyerahkan bendera kepada UMNO Terengganu Khamis ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s