KPN : GAMBAR PALSU UNTUK CEMAR MARUAH NEGARA

alt

KUALA LUMPUR, 1 Mei 2012 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mendedahkan bukti gambar palsu yang diolah dan disebar melalui internet kononnya Dataran Merdeka dipenuhi dengan penyokong BERSIH 3.0.

Ismail juga menegaskan terdapat banyak lagi gambar palsu yang telah diolah dan disebar menerusi internet yang mana boleh menjatuhkan imej negara.

“Saya mendapat dua gambar, satu gambar palsu menunjukkan Dataran Merdeka telah dipenuhi dengan perusuh berbaju kuning dan gambar sebenar menunjukkan padang Dataran Merdeka kosong, hanya perusuh di luar kawasan dataran.

“Imej sebenar ini telah disabotaj dan disebar menerusi Internet dalam memburukkan imej negara, saya akan memantau keadaan ini juga,” kata Ismail.

Beliau juga menayangkan video rakaman tujuh minit kepada wartawan bagaimana peserta BERSIH 3.0 mula merusuh dan menjatuhkan penghadang yang diletakkan di Dataran Merdeka.

Rakaman video tersebut turut menayangkan bagaimana perusuh menyerang kereta ronda polis, mengakibatkan pemandu kereta peronda tersebut hilang kawalan malah menterbalikkan kereta tersebut.

Ismail berkata, polis mempunyai banyak bukti seperti gambar dan rakaman videoyang menunjukkan polis menjalankan tugas dengan penuh sabar dan berhemah sehinggalah perusuh mula bertindak ganas.

“Saya menerima sebarang laporan polis yang dibuat oleh mana-mana pihak termasuk dari pihak anggota keselamatan sendiri berkaitan keganasan yang berlaku bagi memudahkan kami menjalankan siasatan menyeluruh,” kata Ismail.

“Perhimpunan pada Sabtu lalu bukan lagi perhimpunan aman apabila ia bertukar menjadi rusuhan dan merosakkan banyak harta benda awam malah turut mencederakan pegawai-pegawai polis yang sedang bertugas,” katanya pada sidang media.

Ismail turut mengecam tindakan penganjur yang gagal tunaikan janji untuk berhimpun secara aman dan undang-undang termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s