KERAJAAN DAP PULAU PINANG PENIPU BESAR!!

GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa melakukan penipuan besar apabila menyiarkan laporan sudah membina 11,596 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah menerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sejak 2008.

Laporan disiarkan buletin rasmi kerajaan negeri, Buletin Mutiara terbitan 1-15 April lalu itu bukan saja tanpa disokong bukti tetapi turut bercanggah dengan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, pada Ahad minggu lalu.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin, berkata kenyataan Buletin Mutiara itu adalah menipu rakyat dengan mendakwa kononnya kerajaan pakatan pembangkang memperjuangkan nasib orang miskin.

Beliau berkata, kenyataan buletin itu bahawa kerajaan pakatan pembangkang sudah membina 11,596 unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah menerusi PDC sejak 2008 adalah cubaan mengelirukan rakyat dan gimik menjelang pilihan raya.

“Laporan itu bertentangan dengan kenyataan Guan Eng di KOMTAR, 29 April lalu yang mengakui kerajaan negeri hanya membina 1,194 unit rumah kos rendah dan 2,227 kos sederhana rendah, manakala selebihnya iaitu 2,612 rumah kos rendah dan 5,563 rumah kos sederhana rendah dibina pihak swasta.

“Jadi, kenyataan disiarkan Buletin Mutiara itu adalah penipuan paling hebat dalam sejarah DAP untuk mengelirukan rakyat Pulau Pinang dengan Guan Eng bertanggungjawab sepenuhnya.

“Kami yakin DAP akan terus memutarbelitkan fakta dikemukakan mereka sendiri apabila perkara ini didedahkan dan kami mahu Guan Eng meminta maaf secara terbuka terhadap penipuan itu,” katanya di sini, semalam.
Selain itu, Shaik Hussein berkata, langkah kerajaan negeri menumpukan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana rendah di kawasan Batu Kawan, Seberang Prai jelas membuktikan kerajaan pembangkang mengamalkan dasar pecah dan perintah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s