DAP TAK SOKONG PAS?

KUALA LUMPUR 6 Mei – DAP tidak akan sesekali menyokong Pas untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menjadikan Islam sebagai addin atau cara hidup walaupun pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaei Ahmad berkata, agak sukar bagi parti itu meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan agama Islam jika tidak mendapat sokongan DAP ataupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).’

“Kalaupun Pas mahu pinda, dia kena ada majoriti dua pertiga. Tetapi masalahnya Pas mahu bertanding di 60 kerusi sahaja, mana boleh dia dapat majoriti sebanyak itu melainkan disokong DAP dan PKR. Persoalannya adakah DAP hendak sokong?,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang berkata, pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan Persekutuan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, iaitu yang merangkumi seluruh kehidupan manusia sekiranya menang pada pilihan raya itu nanti.

Sila baca seterusnya dalam naskhah Utusan Malaysia hari ini.
He3x…sejak bila aku jadi pormoter ni.. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s