PASAR TLDM BAKAL DINAIKTARAF

Peniaga pasar TLDM Lumut kini dapat menarik nafas lega selepas pasar yang dibuka sejak 24 tahun lalu bakal dinaiktaraf dengan kos RM40,000.

Menteri Pengangkutan yang juga merangkap Ahli Parlimen, Datuk Ser Kong Cho Ha mengumumkan berita gembira itu kepada peniaga selepas merasmikan kempen kebersihan dan gotong-royong pasar TLDM sempena ulangtahun ke-24 Persatuan Peniaga Pengkalan TLDM Lumut, petang Ahad.

Menurut Cho Ha, peruntukan yang disalurkan akan digunakan untuk memasang bumbung di bahagian jualan makanan.

“Melalui projek naiktaraf pasar ini, peniaga dan pengunjung dapat berniaga dan membeli belah dalam suasana yang beli selesa,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga Pengkalan TLDM, Razali Buyong berkata, keadaan pasar yang sempit serta menempatkan 80 buah gerai sudah tidak sesuai untuk menampung jumlah peniaga dan pelanggan yang semakin meningkat bilangannya pada setiap hari.

Tambahan pula katanya, sebahagian daripada pasar itu tidak mempunyai bumbung menyebabkan setiap kali hujan peniaga terpaksa meletakkan payung untuk mengelakkan pelanggan basah ketika menjamu selera.

“Bahagian yang tidak mempunyai bumbung ialah di bahagian jualan makanan menyebabkan pelanggan terpaksa berlindung di bawah payung apabila hujan.

“Ini kurang memberikan keselesaan kepada pelanggan dan juga peniaga kerana apabila hujan lebat pastinya tempias hujan akan mengenai mereka,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Cho Ha berharap aktiviti gotong-royong turut menjadi aktiviti rutin bagi setiap peniaga di situ yang akan diadakan dua kali dalam sebulan.

“Program gotong-royong akan dianjurkan dua kali sebulan bagi memastikan kawasan pasar ini bersih dan selesa untuk pelanggan datang membeli keperluan mereka.

“Setiap ahli persatuan akan melibatkan diri dalam gotong-royong dan setakat ini, kerjasama mereka amat baik sekali dalam menjayakan aktiviti ini,” katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s