S/U AGONG PKR ENGGAN MINTA MAAF!

SU Agung PKR kekal pendirian, enggan minta maaf

“Tidak. Saya tidak akan minta maaf,” tegas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika ditanya sama ada beliau akan berbuat demikian setelah kenyataannya mendakwa Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan terbukti tidak benar.

Saifuddin sebaliknya menuntut Wan Ahmad menjelaskan Umno cawangan mana yang disertainya berikutan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR itu bahawa namanya mungkin pernah didaftarkan oleh pihak lain sebagai ahli parti itu yang beliau sendiri pun sudah tidak ingat bila dan di mana.

“Saya tak perlu nak minta maaf sebab dia (Wan Ahmad) cakap pernah jadi (ahli Umno). Jadi, jelaskan cawangan mana,” kata Saifuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Akhbar ini kelmarin melaporkan kenyataan seorang peniaga kedai makan, Wan Ahmad Wan Omar bahawa nombor kad pengenalan miliknya telah dikaitkan oleh pemimpin PKR itu sebagai milik Timbalan Pengerusi SPR untuk mendakwa Datuk Wan Ahmad sebagai ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor.

“Yang jadi ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor adalah saya, bukan Timbalan Pengerusi SPR,” kata Wan Ahmad, si peniaga kedai makan. – Sinar Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s