NIZAR JAMALUDDIN…. SI LAMBAI YANG KUAT BOHONG!!!

Pada mulanya, puak-puak penyokong Pakatan yang berbangga-bangga dan memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan Nizar Jamaluddin, si mereng meroyan nak jadi Menteri Besar Perak tersengih-sengih dan duduk di meja penceramah dalam satu  majlis ceramah UMNO di Tualang Sekah. Bangga sungguh mereka dengan ‘keberanian’ Nizar Jamaluddin sambil memetik kenyataan Nizar Jamaluddin menerusi TWITTERnya, konon dengan kehadiran dia dalam majlis tersebut, penceramah UMNO terketar-ketar, ketakutan, terpucat lesi dan terkencing-kencing.

Seharian mereka memainkan cerita tersebut.

Namun bangkai gajah tidak boleh disorokkan dengan sehelai daun. Ternyata, sama seperti tajuk ceramah itu, NIZAR PEMBOHONG BERSIRI, sifat berbohong, menipu dan tidak bercakap benar telah menjadi darah daging bekas Menteri Besar Perak itu.

Rupa-rupanya, Nizar Jamaluddin yang cabut lari. Rupa-rupanya bukan penceramah-penceramah UMNO yang pucat lesi, ketakutan dan terkencing-kencing, sebaliknya Nizar Jamaluddin. Klip video berkenaan membuktikan segala pembohongan Nizar Jamaluddin sudah menjadi sedarah daging dengannya. Sifat berbohong tidak lagi dapat dipisahkan dengan Nizar Jamaluddin.

Namun, para jentera propaganda PAS dan Pakatan yang turut malu dengan pembohongan Nizar Jamaluddin, masih berusaha menegakkan benang basah. Malu kerana kebanggaan mereka terbongkar palsu, juak-juak Pakatan Rakyat terpaksa mengatakan video yang tersebar dan mendedahkan belang sebenar Nizar Jamaluddin sebagai video yang telah dibuat pengeditan.

Secara nyata, Nizar Jamaluddin adalah seorang pembohong. Tanpa segan tanpa silu, Nizar terang-terangan membohong menerusi TWITTERnya. Kalau bukan kerana video yang segera dimuatnaikkan untuk menyanggah pembohongan Nizar Jamaluddin, sudah pasti bekas Menteri Besar Perak itu akan kelihatan seperti seorang wira besar.

Namun kalau difikir-fikirkan, pembohongan yang dilakukan oleh Nizar Jamaluddin kali ini, tidaklah sebesar mana. Nizar Jamaluddin pernah melakukan pembohongan yang lebih besar dan lebih merbahaya kepada rakyat Perak dan Malaysia, amnya. Tentu ramai yang masih ingat bagaimana Nizar Jamaluddin berbohong tentang tanah yang dianugerahkan kepada bekas-bekas penyokong komunis di Perak selama 999 tahun.

Untuk menutup pembohongannya, Nizar Jamaluddin turut menaikkan tempoh pajakan yang sama untuk kampung tersusun walaupun tidak sampai 999 tahun seperti yang dinikmati oleh kampung-kampung baru yang diwujudkan oleh penjajah British bagi mengekang sokongan terhadap pengganas komunis di Perak.

Perak merupakan negeri yang PALING HITAM selepas Pahang pada zaman darurat. Gerakan Komunis berjalan secara terbuka di seluruh Perak, mengakibatkan British mengambil keputusan untuk mengasingkan penyokong-penyokong komunis yang membekalkan makanan, perubatan dan kewangan kepada pengganas di dalam hutan di sebuah kawasan berpagar yang sekarang ini dikenali sebagai KAMPUNG BARU.

Nizar Jamaluddin juga pernah berbohong tentang angkatan tentera Malaysia yang menurutnya akan bergabung dengan Najib Abdul Razak untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya, pakatan haram tersebut berjaya menguasai Parlimen. Permusuhan yang ditunjukkan oleh Nizar Jamaluddin terhadap angkatan tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sememangnya sangat sinonim dengan perangai sebenar pengganas komunis yang sekarang ini tidak lagi bergerak aktif di dalam hutan, sebaliknya di kalangan orang politik dalam bentuk politik kepartian.

Bekas Menteri Besar Perak itu telah dicabar untuk membuktikan tuduhannya tetapi sehingga sekarang, Nizar Jamaluddin masih gagal menunjukkan bukti yang Angkatan Tentera Malaysia dan PDRM akan bergabung untuk menggulingkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Sebaliknya apabila ditanya dan didesak, Nizar Jamaluddin memberikan alasan, tuduhannya itu sebenarnya adalah ‘pertanyaan’.

Kini video yang menunjukkan bagaimana dia melarikan diri apabila dia menyerbu majlis orang dalam usaha memberi malu, telah membongkar sifat munafiq sebenar Nizar Jamaluddin. Pembohongannya tidak pernah berhenti dan dia tidak pernah akan serik untuk terus berbohong memandangkan terdapat ramai juak-juak Pakatan yang akan menyambut pembohongannya untuk ‘dibersihkan’ dan ‘disucikan’.

Video di bawah adalah saksi dan buktinya! KLIK SINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s