NIZAR DAPAT PUBLISITI SEPERTI YG DIKEHENDAKINYA…. LAMBAI TETAP LAMBAI..!!!

Apabila Nizar Jamaluddin diheret ke mahkamah kerana membuat fitnah terhadap ATM dan Najib Abdul Razak, sebenarnya itulah yang dimahukannya. Nizar Jamaluddin seperti yang diketahui, menjadi nama yang sudah amat membebankan, tidak sahaja kepada PAS Perak, sebaliknya kepada Pakatan Rakyat Perak yang bercita-cita untuk menguasai semula pentadbiran negeri dalam PRU13.

Terlalu banyak angkara yang dilakukan oleh Nizar Jamaluddin yang menyebabkan Pakatan Rakyat Perak mendapat malu. Walaupun cuba dilindungi oleh Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham dengan pengalihan isu yang tidak membabitkan Nizar Jamaluddin, namun rata-rata, ramai yang terus mempersoalkan dan mentertawakan gelagat Nizar yang semakin tidak keruan kebelakangan ini.

Pembohongan Nizar Jamaluddin yang masih berangan-angan untuk menjadi Menteri Besar Perak juga telah didedahkan oleh pelbagai pihak. Pembohongan terbarunya adalah tentang betapa kecutnya pemimpin UMNO Perak yang berceramah di Kampar yang kemudian berdasarkan bukti, Nizar sebenarnya yang kecut perut apabila ceramah-ceramahnya mula didekati oleh para pemimpin UMNO.

Sekaligus menyebabkan Nizar Jamaluddin tidak senang dan tenang. Dia cuba menceroboh ceramah UMNO dan kemudian berlagak tebal muka yang kemudiannya bertukar menjadi BERA MUKA kerana dia dilondehkan secara berhadap-hadapan. Dalam TWITTERnya, Nizar Jamaluddin cuba berlagak hero, tetapi apabila pembohongannya didedahkan, Nizar Jamaluddin akhirnya menikus.

Begitu jugalah apabila Nizar berceramah kononnya, Najib Abdul Razak telah berpakat dengan Panglima-Panglima Angkatan Tentera untuk menumbangkan Pakatan Rakyat sekiranya mereka berjaya menjadi Kerajaan Perak pada PRU akan datang. Apabila ‘diserang’, Nizar mengatakan, dia tidak menuduh sebaliknya hanya mengemukakan pertanyaan. Walhal dalam ceramahnya itu, begitu terang lagi nyata bagaimana Nizar menuduh Najib Abdul Razak telah mengepalai angkatan yang telah menumbangkan kerajaan negeri pimpinannya menerusi perlompatan tiga orang ADUN Pakatan Rakyat setelah mereka berkuasa selama 11 bulan di Perak.

Kehadiran bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM yang baru menyertai PAS, membuatkan Nizar Jamaluddin semakin panas. Berbeza dengan Nizar, Fauzi sebenarnya jauh lebih ‘bersih’ dan lebih berkelayakan walaupun baru sahaja menceburi bidang politik. Sekaligus menimbulkan persaingan besar kepada Nizar untuk terus mengekalkan kedudukannya selaku orang yang paling layak menjawat jawatan Menteri Besar Perak.

Dengan mengharapkan bantuan daripada Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham, Nizar cuba menjadikan dirinya sebagai aset yang paling berguna dan orang yang paling layak. Namun publisiti yang semakin berkurangan dan persepsi negatif daripada rakyat Perak terhadap Nizar membuatkan, namanya mungkin tidak lagi tersenarai untuk jawatan berkenaan sekiranya Pakatan Rakyat menang di Perak.

Dek kerana itulah, Nizar Jamaluddin memerlukan satu sentuhan ajaib yang membolehkan namanya kembali disebut-sebut dan diagung-agungkan sebagaimana yang berlaku sepanjang dia menjadi Menteri Besar Perak dan selepas dia dijatuhkan oleh tiga orang ADUN Pakatan yang bertukar menjadi ADUN Bebas Mesra BN.

Mengambil kira kaedah publisiti yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim, Nizar Jamaluddin akan menjadikan ‘publisiti’ kali ini sebagai sesuatu yang membolehkan dia dikagumi dan seterusnya disanjung. Selepas segala pembohongannya didedahkan, apa lagi yang boleh dilakukan oleh Nizar bagi mendapatkan nama selain daripada terus berlagak bodoh dan membodohkan diri!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s