7 PRINSIP DARI NAJIB UNTUK PANDUAN RAKYAT MENJELANG PRU

Najib Garis Tujuh Prinsip Untuk Panduan Rakyat Menjelang Pilihan Raya

KUALA LUMPUR – Tujuh prinsip perlu dijadikan panduan oleh rakyat di negara ini menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Itulah yang ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, tujuh prinsip itu berdasarkan sumbangan UMNO kepada negara yang sudah mencapai tujuh abad lamanya

Pertama, menurut Najib, antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, yang mana satukah kepimpinan yang boleh dipercayai dan janjinya ditepati kalau bukan BN

Tanya Najib, siapa sudah bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), Baucar Buku 1Malaysia kepada mana-mana sekolah, siapa sudah beri (bonus atau durian runtuh) kepada peneroka Felda.

Tambah beliau, siapa sudah buat Klinik Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, jalan luar bandar dan dalam bandar, siapa sudah buat sekolah. Siapa sudah buat segala-galanya…bukankah BN..

Menurut Najib, siapa yang ‘pegang kepala’ Kampung Buah Pala (di Pulau Pinang) yang janji pakatan pembangkang, kalau mereka menang, mahu kekalkan kampung berkenaan.

Tambahnya, siapa pula buat 22 janji di Selangor tetapi sebahagian besarnya gagal ditunaikan, siapa yang gagal uruskan soal air?

” Yang kedua, kalau tentu (parti itu) nak dipilih, tentukan kita pilih hari esok lebih baik dari hari ini. Siapa yang boleh beritahu ini?  Siapa boleh pelihara kedaulatan undang-undang, kesucian Islam, keluhuran Perlembagaan, institusi raja-raja serta hak-hak kaum lain.

” Siapa boleh uruskan ekonomi kita yang sangat baik ini serta membawa pertumbuhan yang memberangsangkan?

” Siapa yang boleh menjamin keharmonian dan perpaduan (kaum) berkekalan? Siapa yang boleh membuat pembaharuan secara tersusun. Siapa yang membawa transformasi kepada negara ini?,” tanya Najib.

Prinsip ketujuh, kata Presiden UMNO itu, siapa yang boleh tentukan kemakmuran negara sehingga hari ini dengan izin Allah boleh menjadi negara yang berpendapatan tinggi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-66 UMNO di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini, malam ini.

Mengenai tarikh pilihan raya, Najib pada mulanya mengejutkan mereka yang hadir kerana berkata tidak menolak kemungkinan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok.

Ini, katanya, berikutan demam pilihan raya katanya sudah mula merebak di sana sini.

““Baik…nak ada pilihan raya esok, bulan Jun ke…bila-bila bulan…tahun depan…tak boleh (tahun depan)? kita dah bersedia! kita dah bersedia! kita dah bersedia!, boleh menang! boleh menang! boleh menang!.

” Saya lihat malam ini hebat, rasa-rasanya esok saya nak menghadap Agong. Sudah sedia?,” kata beliau berseloroh sambil mengukirkan senyuman.

Presiden UMNO itu kemudiannya melontarkan kata-kata semangat dan ‘berapi’ kepada mereka yang hadir di stadium berkenaan.

“Biar berputih tulang, jangan rakyat dan bangsa putih mata. Kerana kelak kita tidak mahu lihat anak-anak cucu terbangsat hidup mereka. Maka kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman janganlah kita terpalit darah meracun sandiwara lawan dan menempah alam kegagalan.

“Ayuhlah! Jangankan germimis, hujan pun mari kita redah. Jangan ribut taufan pun mesti kita harungi. Jangan air bah, gelombang badai pun harus berani kita harungi. Jangankan gerhana, gelap gelita pun pasti kita terangi. Ayuhlah semua.

“Biar berdentum guruh di langit, walau kilat sambar-menyambar. Berpaksikan kepada parti UMNO, berbekalkan kepada janji oleh Barisan Nasional. Hidup UMNO!, hidup Barisan!,” katanya sebelum mengakhiri ucapan sambil disambut sorakan dan tepukan gemuruh daripada mereka yang hadir. (Mynewshub.my)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s