SIAPAKAH TOKOH AGAMA YANG KESAL TERLIBAT DENGAN PAS?

TUMPAT  – Seorang tokoh agama di negeri ini melahirkan rasa kesal kerana pernah terlibat dalam perjuangan Pas yang menggunakan ‘syurga dan neraka’ untuk meraih sokongan rakyat.

Mudir Pondok Lambor, Mohd. Zin Abu Bakar berkata, beliau menyedari penyelewengan yang dibawa oleh Pas itu selepas melihat pemimpinnya semakin ghairah menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis untuk menghalalkan cara.

Menurut beliau, tiada sesiapa pun yang boleh menghukum mana-mana individu untuk masuk syurga atau neraka di akhirat kelak.

“Saya menyedari terlalu banyak penyelewengan agama yang dilakukan oleh Pas sejak bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Nasir dipecat daripada jawatannya pada 1978. Muhammad adalah seorang pemimpin yang baik.

“Sejak itu saya menyedari Pas semakin menyimpang dan hari ini saya menyeru umat Islam supaya menolak Pas kerana ia semakin jauh daripada perjuangan Islam sehingga sanggup menolak perpaduan dengan saudara seagama.

“Malah, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata dia lebih rela bersahabat dengan syaitan daripada bersahabat dengan UMNO, apakah ini ajaran Islam sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang menegaskan fatwa propaganda mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas sebelum ini menegaskan bahawa parti itu tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.

Mengulas lanjut Mohd. Zin berpendapat, UMNO tidak pernah menolak Islam seperti yang sering didakwa oleh Nik Abdul Aziz.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s