KENAPA EZAM NOR TINGGAL ANWAR?

 

SEBENARNYA……

Bukan mudah untuk bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, YB Mohd Ezam Mohd Nor untuk mengambil keputusan keluar daripada PKR dan berpisah dengan Anwar Ibrahim. Menurut Ezam, beliau mengambil masa setengah tahun atau enam bulan untuk membuat keputusan nekad meninggalkan ‘bos’nya itu. Dalam tempoh itu, Ezam telah mendapat banyak bukti yang kebanyakannya tidak memihak kepada Anwar Ibrahim. Pendek kata, banyak bukti yang diperolehinya menunjukkan perlakuan liwat Anwar Ibrahim benar-benar berlaku.

Sebagai seorang Islam, keputusan Ezam keluar PKR dan menjauhi Anwar Ibrahim adalah satu keputusan tepat untuk menghindarkan diri daripada terjerumus dengan dosa.
Anwar Ibrahim sepatutnya dihukum penjara selama 6 tahun atas kesalahan salahguna kuasa semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, tetapi dibebaskan awal atas campur tangan Perdana Menteri.
Anwar Ibrahim dibebaskan lebih awal iaitu pada September 2004 dengan persetujuan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dokumen pembebasan Anwar Ibrahim telah ditandatangani oleh 3 orang hakim dan memberi peluang kepada Anwar Ibrahim untuk ‘keluar’ dari Malaysia di Nwe York, AS selama 2 tahun.
Apa yang mengejutkan di sebalik dokumen pembebasan Anwar Ibrahim ialah terdapat catatan ketiga-tiga hakim yang sebulat suara mempercayai ada unsur-unasur ‘homoseksual’ pada kes liwat Anwar Ibrahim ketika itu yang tidak dapat dibuktikan.
Walaupun Anwar Ibrahim berjaya dibebaskan tetapi catatan ketiga-tiga hakim pada dokumen tersebut masih lagi ‘mengikat’nya dengan tuduhan liwat. Anwar Ibrahim sendiri mengetahui kandungan dokumen itu, tetapi sehingga kini tidak pernah mahu ‘membuang’kan kenyataan hakim seperti yang dicatatkan dalam dokumen pembebasan Anwar Ibrahim.
Jika benar Anwar Ibrahim yakin dirinya ‘suci’ daripada perbuatan liwat, beliau tidak seharusnya berkompromi dengan catatan oleh ketiga-tiga hakim berkenaan kerana ianya bagai satu penghinaan kepada Anwar Ibrahim dan seharusnya mendesak catatan itu dipadamkan atau dibuang secara rasmi menerusi prosedur mahkamah.
Memang pada mulanya Anwar Ibrahim mahu mengambil tindakan untuk memadamkan kenyataan dalam dokumen pembebasannya, tetapi ia bagaikan ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja, kerana Anwar bagaikan lebih menghargai ‘kebebasannya walaupun  dia di ‘cop’kan sebagai seorang homoseksual yang tidak dapat dibuktikan’ seumpama mempunyai pegangan biarlah hidup tanpa maruah asalkan bebas di luar dari merengkok di penjara.
Mungkin Anwar Ibrahim boleh hidup sebegitu dengan tanpa maruah tetapi tidak bagi Ezam. Bermula dari situlah berputik perasaan curiga dan was-was Ezam yang selama banyak membuang masa berkhidmat untuk Anwar Ibrahim.
Mengapa seseorang yang bermati-matian mendakwa dirinya (Anwar Ibrahim) bukan ‘homoseksual’ sanggup dikaitkan dengan perkara durjana itu hanya kerana asalkan beliau boleh hidup bebas di luar.. Di manakah letaknya maruah Anwar Ibrahim?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s