KENAPA KHALID ENGGAN BERI PENJELASAN ISU HUTANG TRINITY CORPORATION

Seperti yang dijangka, memang ada udang di sebalik batu apabila Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim enggan memberikan penjelasan berhubung hutang Talam Corporation atau nama barunya, Trinity Corporation yang telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor.

 
Sebaliknya Khalid Ibrahim menyatakan, dia hanya akan memberi penjelasan selepas MCA memberikan pelbagai butiran tentang transaksi membabitkan RM1 bilion dalam penstrukturan hutang Talam Corporation dengan Kerajaan Negeri Selangor.
 
Nampak sangatlah, Khalid sebenarnya cuba bermain politik dalam hal ini. Khalid Ibrahim cuba menyembunyikan perkara sebenar. Disebabkan itulah, Khalid menyatakan, dia hanya beri penjelasan setelah MCA bagi penjelasan dan butiran lebih lanjut dahulu.
 
Kalau kita perhatikan modus-operandi Pakatan Rakyat, semuanya sama sahaja. Mereka akan membuat tuduhan dan apabila dijawab, jawapan yang diberikan tidak mereka peduli sebaliknya mereka terus menekankan tuduhan awal secara bertalu-talu dan berkali-kali.
 
Apabila terkena ke batang hidung mereka pula, mereka akan mendesak agar penjelasan lanjut diberikan. Mereka tidak berminat hendak menjawab dakwaan ke atas mereka, sebaliknya mereka cuba mengalihkan tumpuan daripada perkara pokok dengan perkara-perkara lain yang sebenarnya tidak ada kaitan langsung, terutama sekali dengan penstrukturan hutang Talam Corporation kepada Kerajaan Negeri Selangor.
 
Agak menarik untuk menilai, apakah sebenarnya Kerajaan Negeri Selangor ini sebenarnya hanyalah sebuah kerajaan main-main? Perkara sebesar dan seserius itu, mereka anggap sebagai satu mainan semata-mata?
 
Anehnya kalau ianya melibatkan Kerajaan Persekutuan, cepat sangat para pemimpin PKR, DAP dan PAS meminta penjelasan, malahan desakan penjelasan itu akan dituruti dengan desakan agar pilihanraya dipercepatkan!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s