ANWAR TIKAM BELAKANG PAS !!!

AIDCNews  – Bekas aktivis PKR Zamil Ibrahim mendedahkan sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengamalkan politik tikam belakang iaitu mencerca dan memperlekehkan PAS ketika bermesyuarat dengan partinya sendiri, PKR.

Zamil berkata, satu klip video yang dirakamkan pada 9 Januari 2008, jam 4.30 petang di Yayasan Aman, Penanti, Bukit Mertajam ketika mesyuarat tertutup PKR Zon Utara membuktikan Ketua Umum PKR itu menggambarkan sikap sebenar Anwar terhadap PAS.

“Saya bangkitkan pada hari ini kerana isu ini sedang berlaku ketika ini di negeri-negeri seluruh Malaysia yang berkaitan dengan (pembahagian kerusi) Pakatan Rakyat”

Zamil turut membacakan transkrip rakaman perbualan arahan Anwar kepada Zamri Yusof, Pengerusi PKR Kedah ketika itu dalam mesyuarat itu.

“Aku (Anwar) hairan betullah yang kamu takut sangat dengan PAS, pasal apa ? Sekarang ni kena faham, India tak sokong PAS, Cina tak sokong PAS, Melayu kampung saja yang sokong mereka..yang lain sokong kita (PKR)”.

“Aku mahu kamu pergi ubah balik (keputusan perjanjian agihan kerusi dengan PAS Kedah yang telah ditandatangani bersama)”.

“Tandatangan tu cerita lain, aku bukan tak tahu kerusi yang macam mana yang kamu dapat..semua (kerusi) teruk-teruk..yang mereka tak mahu (mereka beri)..yang cantik, semua mereka sapu”.

“PAS Kedah macam ini, PAS Kelantan cara Kelantan..PKR Kelantan pun satu..pening kepala lah kalau macam ini..PAS Terengganu lah..PAS Perlis lah..macam-macam..orang cerdik mereka (PAS) sahaja yang ada..yang jadi bodoh siapa..kita (PKR)”.

“Rakyat tahu yang membawa isu-isu ini adalah kita (PKR)..mereka (PAS) bawa isu apa..tak ada apa..Jadi yang kamu takut sangat kat PAS pasal apa..?.

“Ada kawasan bandar pun PAS nak kacau..kadang-kadang aku pun tak faham dengan mereka ini..Kita kena dilihat oleh masyarakat India dan Cina (bahawa) kita ada kerusi lebih di negeri-negeri”.

Menurut Zamil, Anwar tidak pernah jujur dengan PAS sehingga hari ini.

“Jelas menunjukkan Pakatan Rakyat terutama sekali Anwar Ibrahim tidak jujur dengan rakan pakatan itu sendiri sehingga hari ini.

“Sebab orang yang menyerahkan (rakaman ini) kepada saya adalah orang yang masih berada dalam PKR,”katanya.

Katanya lagi Anwar ketika menjadi Ketua PR sering bermuka-muka dengan memperlihatkan dirinya mesra dan rapat dengan parti-parti di bawah naungannya, namun ketika bermesyurat dengan partinya sendiri, Anwar akan menampilkan watak sombong dan angkuh memperlekehkan PAS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s