PAS PALING KUAT DALAM PR ??

AIDCNews – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dilaporkan Sinar Harianmendakwa PAS lebih kuat dan bertanding lebih banyak kerusi berbanding dengan DAP dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13.

“PAS parti yang paling kuat dalam Pakatan Rakyat (PR). Kita (PAS) mungkin akan bertanding sehingga 80 kerusi, DAP 50 atau 60 kerusi. Dan daripada jumlah itu pula, mereka (DAP) mungkin menang 40 atau 50 kerusi.

“Dengan jumlah kerusi yang dimenangi sebanyak itu, DAP tidak boleh membentuk kerajaan kerana yang jadi tulang belakang PR ialah Pas, parti Melayu Islam,” katanya.

Namun, Abdul Hadi juga turut mengakui jawapan di atas merupakan andaian kerana pengagihan kuota kerusi parlimen pembangkang belum diputuskan secara rasmi dalam PR.

Katanya jumlah sebenar kedudukan kerusi antara ketiga-tiga parti pembangkang itu akan diketahui apabila tarikh PRU diumumkan.

Abdul Hadi menambah satu lagi bukti kekuatan Pas adalah parti itu mempunyai ramai jentera dan bersedia untuk bertanding di kawasan yang tidak sanggup ditandingi oleh parti komponen PR yang lain.

Jumlah kerusi kompenan PR yang bakal bertanding dalam PRU 13 menjadi tumpuan apabila Utusan Malaysia semalam melaporkan DAP bakal bertanding 90 kerusi berbanding dengan PAS dan PKR yang masing-masing bertanding 66 kerusi.

Dalam PRU ke-12, PKR mendapat kerusi parlimen yang majoriti dengan bertanding 97 kerusi dan menang 31 kerusi, PAS pula bertanding 66 kerusi, menang 23 kerusi, manakala DAP bertanding 47 kerusi, menang 28 kerusi.

Dengan kedudukan kerusi PKR tertinggi dalam PR, maka Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Selepas 16 September 2008, PKR kehilangan 5 kerusi parlimen apabila YB Datuk Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru), YB Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru), Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ahli parlimen bebas.

Dengan kehilangan 5 ahli parlimen itu, DAP menjadi kuasa majoriti di kalangan kompenan PR dengan mengekalkan kedudukan 31, diikuti PAS, 28 kerusi dan PKR kembali ke kedudukan tercorot dengan 26 kerusi.

Namun begitu, DAP tetap mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di parlimen dan sekaligus sebagai Ketua dalam PR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s