HASIL KEJAYAAN TARBIAH PAS : DAP MAKIN BERANI DAN BIADAP !

 

KUALA LUMPUR  – Pas hari ini menjadikan isu hudud, negara Islam sebagai satu senjata politik utama mereka untuk menarik pengaruh undi orang-orang Melayu sedangkan pada hakikatnya, perjuangan menegakkan negara Islam dan Hudud sudah lama ditinggalkan dalam agenda utama perjuangan parti tersebut.

Menurut Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS), Ustaz Rosdi Long, Pas akan memainkan isu hudud sebagai gendang perang mereka setiap kali menjelang saja pilihanraya di negara ini.

“Setiap kali nak pilihanraya, Pas akan jadikan hudud sebagai ‘magnet’ untuk menarik undi-undi orang-orang Islam, khususnya orang Melayu di negara ini. Sedangkan, pada 2009 ketika bersetuju bergabung dalam Pakatan Pembangkang, Pas telah menggugurkan perjuangan negara Islam dan Hudud dan perjuangan menegakkan negara dan undang-undang Islam bukan lagi menjadi teras utama perjuangan Pas lagi.

“Pengguguran perjuangan negara dan undang-undang Islam Pas ini telah pun diterjemahkan  melalui buku jingga yang menjadi dasar bersama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Pembangkang baru-baru ini,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Sebab itu katanya, lagu yang mendendangkan irama hudud ini hanya keluar daripada mulut pemimpin-pemimpin senior Pas sahaja, sedangkan ia tidak lagi dilagukan oleh pucuk kepimpinan tertinggi seperti Presiden dan Timbalannya di dalam Pas.

“Mereka sebenarnya tahu, bahawa amat sukar untuk mereka melaksanakan hudud itu jika dilihat daripada pelbagai sudut permasalahan yang dihadapi. Apatah lagi, Pas tidak lagi menjadikan isu perjuangan negara Islam sebagai agenda utama perjuangan mereka. Hudud hanya dijadikan gula-gula untuk memancing undi rakyat, khususnya umat Islam. Perkara ini bagi saya cukup jelas,” ujarnya lagi.

Selain itu,  beliau turut menyentuh tentang isu Ketua Pemuda Pas, Nasaruddin Tantawi yang ditempelak secara terbuka oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh, apabila beliau mengatakan bahawa DAP sudah mula menerima Islam dalam siri debatnya bersama Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Fathuk Bari.

“Ini juga sebagai bukti, bahawa dakwah Pas terhadap DAP ternyata gagal. DAP sebenarnya sehingga ke hari ini masih tidak faham apa itu Islam. Samada DAP yang keras kepala, atau Pas yang tidak menjalankan dakwahnya, namun apa yang nampak di sini adalah kegagalan Pas berdakwah kepada DAP.

“Jadi di mana konon-kononnya dakwaan Pas yang mengatakan sejak DAP berkawan dengan Pas, DAP lebih faham tentang Islam. Faham kut mana? Baru sebut aja pasal Hudud, puak-puak inilah yang paling kuat melenting. Tengok saja nasib Ketua Pemuda Pas, baru sahaja Nasaruddin nak yakinkan rakyat kata DAP sudah mula terima Hudud, serta merta dia dibidas dan dimarahi oleh Karpal,” ujarnya.

Justeru itu, beliau turut mempersoalkan, bahawa apakah ini yang dikatakan dakwah Pas terhadap DAP sudah berjaya? Sedangkan jelas hari ini, sekiranya kepimpinan Pas mahu bercakap tentang hudud, mereka lebih berani untuk bercakap di dalam kelambu mereka saja kerana  kalau membuat kenyataan secara terbuka diluar, bimbang dibantai dan dihentam oleh DAP. -MediaUMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s