BILAKAH MAYAT KARPAL AKAN DI LANGKAH OLEH PAS ??

“Karpal konsisten tolak hudud krn kekufurannya. Malah siapa jua yg tolak hukum Allah ini kufur. PAS terus istiqamah dgn perjuangan Islamnya” — begitulah bunyi tweet Nasrudin Hassan @Tantawi100 pada 29 Julai.

Sambung Ketua Dewan Pemuda PAS itu lagi:

“Hasrat laksana hukum Allah adlh tanda iman dihati sbgmana yg menolak hukum Allah krn hati mrk kufur. Cari redha Allah biar sejuta menentang.”

Dalam DAP, tiada pemimpin kanan yang menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud kecuali Karpal Singh seorang-seorang, kata MCAdan presidennya Chua Soi Lek.

‘Allah mengarahkan PAS ke Putrajaya’

YouTube di bawah adalah rakaman ucapan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS di Stadium Darul Aman, Kedah pada awal bulan lepas.

Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz memberi saranan kepada gerakan Himpunan Hijau tentang tujuan satu, yakni perjuangan suci merampas Putrajaya.

 

 

Transkrip:

“Di dunia ini tidak ada suatu perjuangan yang lebih suci daripada perjuangan orang-orang PAS, penyokong dan pejuang PAS, menuju Putrajaya … kerana Allah mengarahkan kita ke Putrajaya. Allah mahukan kita merampas kuasa itu daripada musuh Allah dan musuh kita.” …

“Allah taala telah memilih kita untuk menjadi pejuang-pejuang Islam di jalan Allah.” …

“Baju hijau. Hati hijau dan insyaallah kita hamparkan laluan ke Putajaya dengan permaidani berwarna hijau dan walaupun bertukar merah dengan darah sekalipun hijau akan tetap ke Putrajaya, insyallah.”

Media Umno Online melaporkan pensyarah kanan Fakulti Pengajian Islam UKM, Ustaz Dr Fadlan Othman “berpendapat bahawa Nik Abduh dipengaruhi oleh emosi yang berlebihan ketika mengeluarkan kenyataan tersebut di hadapan pengikut-pengikut PAS”.

Kenyataan Nik Abduh yang dirujuk Fadlan ialah berkenaan Umno diibaratkan “musuh Allah”. Umno sebagai pemegang tampuk kuasa juga dibayangkan sebagai kelompok pemuja yang menyembah syaitan.

Kalau orang Umno yang Muslim boleh dianggap penyembah syaitan, apakan si kafir dalam DAP?

Jawapannya mudah.

Puak evangelis DAP yang bersekongkol dengan golongan ulama PAS dipandang lebih mulia dan lebih soleh berbanding muslimin dan muslimat ahli parti syaitan Umno.

Hanya Karpal digelar “kufur” kerana menentang hudud. Evangelistas DAP yang tidak menentang hudud boleh bergelar al-Amin.

Tidur sebantal, berkongsi mimpi

Rencana FMT – Karpal to PAS: Don’t spoil march to Putrajaya’  melaporkan tentang pengerusi DAP tersebut membidas tindakan sesetengah pemimpin PAS yang tidak mempunyai semangat setiakawan.

Karpal dipetik portal itu sebagai berkata Nasrudin dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya cenderong untuk membuat kenyataan-kenyataan yang bercanggah berhubung pendirian PAS terhadap negara Islam. Ini akan menghindar kemaraan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya.

Namun bantahan Karpal tidak diendah oleh partinya sendiri DAP.

Beberapa hari lepas (26 Julai), Teresa Kok memblog tajuk, ‘PR is marching toward Putrajaya!’ yang menyebut tentang sambutan hebat yang diberikan kepadanya di acara ‘Himpunan Hijau ke Putrajaya’ anjuran PAS.

Teresa telah memberi ucapan kepada kira-kira 30,000 orang penyokong Pakatan yang menghadiri rapat umum di Stadium Kuala Selangor.

Teresa Kok bersama pemimpin PAS di stadium pada 15 Julai 2012

“We will take Putrajaya”

Rakan evangelis Teresa, iaitu Hannah Yeoh juga sempat mentweet:

These are BN’s last days. They can’t compete with us on competence. BN knows we will retain Sgor n take Putrajaya.”

Cara percakapan DAP Subang Jaya (lihat tweet, bawah) tidak ada banyak beza dengan pertuturan Ustaz Nik Abduh dan Ustaz Nasrudin. Kedua-dua pihak merasakan diri mereka pejuang Islam/Kristian sejati yang terpilih untuk mengibarkan panji-panji Allah/Yesu di muka bumi kita.

Masing-masing meletakkan politik agama di tengah-tengah gelanggang.

Maka tidak hairanlah evangelistas DAP kelihatan selamba sahaja serta sedia melepas tangan apabila Karpal ‘Kufur’ Singh yang berpegangan sekular itu terpaksa berdepan dengan ulama-ulama PAS.

Bagi golongan agama PAS dan DAP, Putrajaya memberi harapan Serambi Mekah dan New Jerusalem untuk mereka berkuasa mutlak dan memerintah ala pentadbiran teokrasi khalifah dan paus.

–   HELEN ANG   –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s