KERETA DISAMUN KETIKA ISI MINYAK DI PETRONAS

Gara-gara lalai kereta disamunKereta pacuan empat roda yang disamun dijumpai terbabas di Jalan Kampung Bali.

SERI ISKANDAR – Gara-gara lalai ketika mahu mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampiran Universiti Teknologi Petronas (UTP), dua kontraktor ikan berputih mata apabila kenderaan mereka dilarikan pada 30 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi apabila pemandu kereta bersama seorang rakannya yang juga kontraktor ikan dalam perjalanan dari Manjung menuju ke Ipoh dan berhenti di stesen itu untuk mengisi minyak.

Menurutnya, pemandu terbabit kemudiannya keluar untuk membayar minyak di kaunter, manakala rakannya keluar sebentar untuk merehatkan badan.

“Secara tiba-tiba seorang lelaki meluru masuk ke  dalam kereta sebelum bertindak melarikan kereta berkenaan.

“Sementara seorang lagi rakan lelaki ini yang menunggang motosikal mengikut dari belakang kenderaan curi terbabit dan disyaki turut serta dalam kejadian ini,” katanya.

Mohamad Fakri berkata, rakan pemandu cuba menghalang namun, tidak berjaya kerana kejadian itu berlaku terlalu pantas.

“Suspek bertindak nekad dengan melarikan kereta itu pada waktu siang tanpa menutup muka dipercayai terdesak untuk mendapatkan wang.

“Bertindak atas maklumat orang awam, kereta berkenaan ditemui terbabas di Jalan Kampung Bali pada jam 3 petang pada hari kejadian,” katanya.

Menurutnya, suspek yang berusia lingkungan umur 24 tahun berjaya ditahan dan siasatan lanjut akan dijalankan.

“Kedua-dua suspek dipercayai penagih dadah dan terdesak untuk mendapatkan wang menyebabkan mereka bertindak berani menyamun kereta itu.

“Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda,” katanya.

Katanya, itu adalah kes kedua berlaku di daerah Perak Tengah selepas kes pertama di Kampung Padang Gertak, Kampung Gajah.

“Kita ingin mengingatkan kepada orang ramai supaya lebih peka apabila mengisi minyak dengan mematikan enjin kereta dan jika ada rakan atau ahli keluarga bersama, beritahu kepada mereka supaya turut sama berjaga-jaga.

“Kes kecurian kereta pacuan empat roda ini semakin meningkat disebabkan kenderaan berkenaan yang sesuai untuk aktiviti lasak,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s