PETER CHIN AKAN UNDUR DIRI

peterchinfahkui

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang selama ini membisu mengenai karier politiknya, malam tadi memberitahu tidak akan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13.

Bernama melaporkan beliau bagaimanapun akan kekal sebagai Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hingga 2014.

Chin yang juga Anggota Parlimen Miri sejak 1990 berkata Setiausaha Penerangan dan Publisiti parti Datuk Sebastian Ting Chiew Yew telah dicadang bertanding di Miri.

“Saya sudah berkhidmat banyak penggal dan ini adalah penggal terakhir saya,” katanya kepada pemberita selepas hadir majlis berbuka puasa bersama ketua jabatan dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) di Miri.

Beliau berkata keputusannya untuk tidak bertanding itu bagi membuka jalan kepada pemimpin muda mengambil peranan sebagai pemimpin dalam usaha mentransformasikan SUPP, selain menangkis dakwaaan bahawa parti itu hanya untuk ‘warga emas’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s