PAUL REVINGTON KETUA JURULATIH SKUAD HOKI KEBANGSAAN

Paul Revington (kanan)

Paul Revington (kanan)

ERA baru skuad hoki negara bermula semalam menerusi penampilan pertama Paul Revington sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan bagi menggantikan Tai Beng Hai yang awal-awal sudah menyedari tugas berat menantinya selepas ini.

Hadir pada sidang media yang turut disertai pembantunya, Arul Selvaraj yang juga bekas pemain skuad negara, bekas jurulatih kebangsaan Ireland itu nyata sudah bersedia dengan jawapan kukuh bagi meyakinkan peminat tempatan pemilihan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bukan satu keputusan yang sia-sia.

“Saya dimaklumkan dan mendengar daripada beberapa orang yang menyatakan peminat sudah hilang kepercayaan kepada skuad negara, persepsi mereka mengenai sukan hoki juga tidak begitu baik.

“Inilah antara tugas yang perlu saya lakukan, mengembalikan semula kepercayaan semua pihak melalui keputusan yang bagus,” tegas Revington yang mempunyai pencapaian cemerlang sepanjang kariernya sebagai jurulatih.

Untuk membuktikan kemampuannya, Jurulatih Terbaik Dunia Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2011 itu yang menandatangani kontrak selama empat tahun sebagai ketua jurulatih negara, mahu memastikan skuad bimbingannya melangkah ke pentas Piala Dunia dan Olimpik.

“Saya mahu memastikan kita layak ke Piala Dunia terlebih dulu. Bagi saya pemain sedia ada sudah begitu bagus.

“Mungkin mereka hanya perlu memperbaiki beberapa kelemahan. Yang pasti, saya harap perubahan ini berlaku dengan pantas,” katanya.
Bagi memastikan beliau mempunyai barisan pemain terbaik, Revington akan memilih barisan pemainnya menerusi penilaian pada saingan TNB Liga Hoki Malaysia serta Piala Razak.

“Saya sudah mengetahui barisan pemain Malaysia tapi saya akan cuba memilih barisan pemain terbaik selepas berakhir saingan liga,” katanya yang berada di negara ini sejak 9 Ogos lalu.

Dua tugas utama yang bakal dilalui Revington serta Arul adalah Cabaran Juara-Juara 1 di Quilmes, Argentina November ini dan Piala Kejuaraan Enam Negara Asia di Doha, Disember ini.

Revington dan Arul pernah bekerjasama membimbing skuad kebangsaan Ireland sejak 2009 yang menyaksikan peningkatan mendadak skuad itu dan hampir layak ke Sukan Olimpik, namun dikecewakan Korea Selatan pada kempen kelayakan awal tahun ini yang turut disertai skuad negara.

Sebelum itu, ketika membimbing Afrika Selatan selama tiga tahun, Revington membantu pasukan itu memperbaiki ranking dunia dari 14 ke tangga ke-10.

Skuad negara pernah dibimbing beberapa jurulatih asing, antaranya Terry Walsh, Volker Knapp dan Paul Lissek.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s