KEKALKAN PENURUNAN KADAR KEMALANGAN PADA PERAYAAN LAIN JUGA

LUMUT  – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berharap penurunan kadar kemalangan jalan raya pada musim Aidilfitri lepas dapat dikekalkan dan terus berkurangan ketika perayaan lain.

Beliau berkata, statistik kemalangan yang diumumkan Ketua Polis Negara. Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini menunjukkan segala kempen dan program kesedaran yang dilaksanakan telah berjaya.

“Strategi itu (kempen dan majlis penerangan), yang dijalankan selama ini, kini mula menyedarkan pengguna jalan raya terhadap kepentingan aspek keselamatan termasuk nyawa pengguna.

“Selain itu, pendedahan awal terhadap aspek keselamatan jalan raya kepada pelajar di peringkat sekolah rendah juga dilihat menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan sepanjang Op Selamat yang lalu,” katanya kepada pemberita selepas Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Aidilfitri 2012 di Dewan Kebudayaan Cina, Kampung Datuk Seri Kamaruddin dekat sini hari ini.

Sebanyak 226 kes kemalangan maut dengan 243 kematian direkod sepanjang Op Selamat berbanding 259 kes (kemalangan maut) dan 289 kematian pada Ops Sikap 24 tahun lepas. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s