SSM GAGAL BERTINDAK KE ATAS SUARAM

 Kegagalan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengambil tindakan terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dikhuatiri akan menyebabkan rakyat mempunyai persepsi negatif terhadap agensi itu.

Zamil Ibrahim, yang mendakwa beliau Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita), berkata kegagalan SSM bertindak pantas terhadap Suaram, yang dilapor mengaku menerima dana asing serta sering menghentam kerajaan, juga menimbulkan persepsi bahawa agensi itu lemah dalam mendukung wawasan negara.

“Selain menimbulkan persepsi betapa lemahnya agensi penguatkuasaan terbabit, ia turut menunjukkan betapa agensi itu menyimpang daripada wawasan kerajaan yang mahukan transformasi berkesan dalam perkhidmatan awam.

“Saya ulangi gesaan JMM (Jaringan Melayu Malaysia) dan Perkasa agar Ketua Pegawai Eksekutif SSM (Mohd. Naim Daruwish) meletakkan jawatan berikutan kegagalan beliau bertindak terhadap Suaram yang berperanan sebagai NGO (badan bukan kerajaan) walaupun didaftar atas nama syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama dalam satu kenyataan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) hari ini. – BERNAMA

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s