KEBANGKITAN ULAMA SUDAH TERLEWAT ?

Kebangkitan golongan ulama Pas dalam mempertahankan pendirian bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang meminta parti itu mempertimbangkan semula hubungan dalam pakatan pembangkang disifatkan sudah terlewat.

Pensyarah di Jabatan Pengajian, Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Jayum Jawan berkata, mereka sebaliknya perlu bangkit sejak dari awal lagi iaitu sewaktu Pas mengambil keputusan bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“Penentangan itu tidak relevan sekarang, kenapa dulu berdiam diri dan sekarang mahu bangkit pula, sedangkan ulama di dalam Pas menyedari PKR dan DAP sememangnya tidak sehaluan dengan perjuangan Pas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan beberapa ulama dalam Pas termasuk Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang mempertahankan pendirian Nasharudin berhubung perbezaan pendapat dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai isu hudud sehingga meminta Pas mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan pembangkang.

Menurut Jayum, penentangan keras DAP terhadap perjuangan hukum hudud yang dibawa Pas bukan perkara baru malah sejak sebelum pakatan pembangkang dibentuk.

“Semasa hendak membentuk pakatan pembangkang dulu, golongan ulama Pas hanya mendiamkan diri,” katanya.

Namun Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Muhammad Fuad Othman pula berpendapat masih belum terlambat untuk Pas mengkaji hubungan dengan PKR dan DAP.

Menurut beliau, walaupun kebangkitan golongan ulama Pas sudah terlambat namun, tindakan itu dilihat masih boleh menyelamatkan perjuangan sebenar parti tersebut.

“Golongan ulama sebelum ini hanya menunggu dan melihat, apabila keadaan sudah tidak terkawal baru mereka bertindak. Sekurang-kurangnya mereka mula bersuara daripada hanya terus berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa,” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s