MB PERAK – SELESAIKAN MASALAH RAKYAT TANPA AMBIL KIRA FAHAMAN POLITIK

Kerajaan negeri sedang berusaha mencari penyelesaian kekal bagi mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi penduduk Kampung Sabar Jaya, dekat Sungkai yang berlanjutan sejak 22 tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata keadaan yang berlarutan itu bukan disebabkan keengganan pihak kerajaan negeri menyelesaikannya sebaliknya ia berhubung masalah teknikal yang berlaku di kawasan tersebut.

“Kita sedang membuat rayuan untuk mendapatkan kelulusan untuk membenarkan laluan paip ke kampung itu melalui tanah milik persendirian yang berada di tengah-tengah laluan paip utama.” katanya.

Meskipun ada pihak cuba menjuarai dengan mempolitikkan isu tersebut, menurutnya, masalah tersebut tidak melibatkan sokongan rakyat terhadap mana-mana parti.

“Tidak kira jika mereka sokong Barisan Nasional (BN) atau tidak, yang penting masalah rakyat kita selesaikan,” jelas beliau lagi.

Ujar beliau, kerajaan berusaha keras membantu menyelesaikan masalah keperluan asas rakyat seperti bekalan air, elektrik dan kemudahan jalan tanpa meletakkan kepentingan politik.

“Saya tidak mahu ianya diatas perkiraan politik. Politik seharusnya diletakkan di sebelah apabila kita cuba menyelesaikan sesuatu masalah,” katanya ketika ditemui pada siang media selepas menghadiri Program Bertemu Pelanggan di Bangunan SUK, di Ipoh, hari ini.

Katanya, sememangnya terdapat di kalangan pihak tertentu yang sengaja ingin memburukkan imej kerajaan negeri di bawah kepimpinannya memandangkan mereka tidak mahu masalah itu diselesaikan dengan segera.

“Saya berusaha dengan berjumpa rakyat sendiri dan saya harap kita dapat menggunakan pendekatan bersama untuk kita selesaikan,” jelasnya lanjut.

Semalam, akhbar Sinar Harian melaporkan kira-kira 200 penduduk yang terdiri daripada 46 buah keluarga dari kampung itu telah sekian lama bergelut dengan masalah kesukaran mendapatkan bekalan air bersih.

Penduduk berharap kerajaan negeri mampu menyelesaikan masalah mereka dengan kadar segera memandangkan air merupakan bekalan asas yang diperlukan oleh setiap isi rumah bagi menjalani aktiviti kehidupan harian.

Dalam perkembangan lain pula, Zambry memuji prestasi cemerlang yang telah ditampilkan oleh kakitangan perkhidmatan awam dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Tambahnya, melalui pendekatan baru yang diperkenalkan kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah rakyat, beliau percaya prestasi itu mampu ditingkatkan lagi pada masa akan datang.

“Sudah ada penambahbaikan dan peningkatan di kalangan kakitangan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat dan saya percaya ia boleh ditingkatkan lagi,” katanya.

Menurut beliau, corak pendekatan yang lebih segar itu bukan sahaja menyumbang kepada pelan pentadbiran yang efisien malah mengubah budaya perkhidmatan awam yang lebih efektif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s