CEGAH JENAYAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Usaha mencegah jenayah adalah tanggungjawab bersama dan tidak seharusnya dibebankan kepada pihak polis semata-mata, demikian kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata, rakyat sudah pasti tidak mahu melihat berlakunya kegiatan jenayah yang boleh menjejaskan keselamatan awam baik di kawasan bandar atau desa.

“Tidak kira jenayah kecil atau besar, adalah menjadi tugas pasukan polis untuk menjaga keselamatan dan mengawal kegiatan itu dan kita juga seharusnya menghargai erti keamanan yang dinikmati negara hari ini.

“Malaysia adalah antara 20 negara paling aman di dunia, semuanya hasil berkat sokongan antara polis dan rakyat jelata sendiri,” katanya berucap merasmikan Forum Pencegahan Jenayah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di Dewan Marina Island, dekat Lumut, hari ini.

Zambry yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut, berkata pemimpin Barisan Nasional (BN) diajar berkaitan pendekatan ‘peace mind’, bukannya politik kebencian.

Melalui pendekatan itu, ia katanya, dapat mengelakkan pertelingkahan atau perasaan benci antara satu sama lain.

Dalam perkembangan berkaitan, rakyat katanya, perlu menghormati pasukan polis yang menjalankan tugas menjaga dan mengawal keamanan negara.

Di sebelah petang, Zambry bersama Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan mengedarkan risalah pencegahan jenayah kepada orang ramai di sekitar jeti Lumut sempena program Walkabout Community Policing di Lumut.

Hadir sama, Ahli Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Gazali Jalal.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui Peraktoday.com menyambut baik usaha kerajaan dan pihak polis menganjurkan program seumpama itu yang julung-julung kali diadakan di bandar maritim itu.

Peniaga, Zaini Sahari, 52, berkata setakat ini, kes jenayah di kawasan itu masih terkawal meskipun berlaku kegiatan ragut dan kes samun yang dilaporkan beberapa bulan yang lalu.

“Masyarakat juga perlu memberi kerjasama dengan pihak berkenaan untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

“Jika suasana aman dapat diwujudkan, saya yakin ekonomi negara amnya dan negeri khususnya dapat berkembang lebih pesat,” katanya lagi.

Zaini yang membantu isterinya berniaga di jeti Lumut lebih 10 tahun lalu turut menegaskan, program Community Policing itu wajar diperluaskan lagi dari semasa ke semasa demi kebaikan rakyat di negeri ini.

Perak Today

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s