PELBAGAI NGO DAN AGENSI DISALURKAN DANA OLEH NED BERJUMLAH RM 20 JUTA

NED SALUR DANA HAMPIR RM20 JUTA KEPADA PELBAGAI NGO, AGENSI

KUALA LUMPUR  – National Endowment for Democracy (NED) yang dipimpin tokoh Yahudi, Carl Gershman menyalurkan dana hampir RM20 juta ke negara ini antara 2005 hingga 2011.
Sikap ‘pemurah’ pertubuhan yang turut dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu dibuat menerusi pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sama ada yang berdaftar atau tidak serta agensi-agensi lain.
Menurut sumber, antara penerima terbesar dana daripada NED itu adalah National Democracy Institute for International Affairs (NDI) berjumlah kira-kira RM4.6 juta iaitu 23 peratus daripada keseluruhan dana yang disalurkan.
NDI adalah pertubuhan yang turut menyalurkan ‘sejumlah kecil sumbangan’ kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) seperti yang diakui sendiri Pengerusinya, Datuk S. Ambiga dan dilaporkan secara meluas portal-portal berita sebelum ini.
Bagaimanapun Ambiga seperti dilaporkan berkata, dana tersebut digunakan bagi projek lain yang tiada kena-mengena dengan perhimpunan haram anjuran Bersih dan disokong pembangkang pada 9 Julai 2011.
Selain Bersih, NDI turut dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana didakwa terlibat secara langsung membantu parti itu dari segi dana dan buah fikiran untuk menguasai politik di negara ini termasuk menyediakan buku panduan yang menggariskan pendekatan dan kaedah untuk PKR memenangi pilihan raya.
Menurut sumber itu lagi, turut menerima dana daripada NED ialah Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) iaitu syarikat yang dikaitkan dengan pertubuhan tidak berdaftar Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berjumlah kira-kira RM1.6 juta.
Suara Inisiatif dan Suaram dipimpin individu sama iaitu Dr. Kua Kia Soong yang merupakan Pengarah Eksekutif Suaram dan Pengarah Suara Inisiatif.
Kata sumber itu, turut menerima dana secara konsisten daripada NED bermula pada 2005 juga adalah beberapa pertubuhan seperti Centre for Independent Journalism; International Republican Institute; Open Dialogue Centre dan Southeast ASEAN Press Alliance.
“Pertubuhan-pertubuhan itu menerima sejumlah kira-kira RM13.3 juta iaitu 67 peratus daripada keseluruhan dana yang disalurkan NED,” katanya.
Sumber itu mendakwa, MKini Dotcom Sdn. Bhd. iaitu pengendali portal berita propembangkang Malaysiakini pula dipercayai mula memasuki senarai penerima dana NED pada 2009 dan berterusan sehingga 2011 dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM300,000.
Pada tahun lalu pula, tambah sumber itu, beberapa pertubuhan lain turut tersenarai sebagai penerima dana daripada NED antaranya Lawyers for Liberty; Liberal Banter Sdn. Bhd. dan Merdeka Centre for Opinion Research.
Kontroversi berhubung penyaluran dana daripada NED itu bermula apabila pelbagai pihak mendesak Suaram disiasat kerana menerima dana asing dalam jumlah yang besar sedangkan ia tidak berdaftar sebagai pertubuhan dengan mana-mana agensi kerajaan.
Dana yang diterima Suaram itu turut dipersoalkan kerana ia disalurkan NED dan pertubuhan berkaitannya termasuk yang dipimpin penyangak mata wang asing, Soros yang cenderung menganjurkan aktiviti menjurus kepada demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram. Sumber

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s