KUOTA HAJI : PUAK PR ADALAH LEMBU YANG MEMBAWA LUMPUR HABIS SEMUA TERPALIT !!!

KUALA LUMPUR, 27 Sept. – Keengganan Kerajaan Arab Saudi meluluskan koata tambahan kepada rakyat Malaysia untuk musim haji tahun ini perlu dipertanggungjawabkan kepada pakatan pembangkang yang telah menjadi dalang dalam demonstrasi Bersih 3.0 yang diadakan di Mekah dan Madinah.

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub menyelar perbuatan segelintir masyarakat Malaysia yang telah menunjukkan sikap tidak matang dan tidak bertamadun serta ibarat kaum jahiliyah yang ditaja pembangkang.

“Pembangkang misti bertanggungjawab di atas perbuatan menghasut penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan Bersih di Mekah dan Madinah sehingga Malaysia dihukum sedemikian,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Walaupun Malaysia hanya layak menghantar dua peratus daripada jumlah penduduknya untuk menunai fardu haji setiap tahun, tetapi Kerajaan Arab Saudi akan membenarkan tambahan koata 10,000 lagi sejak beberapa tahun kebelakangan sebagai menghargai kerjasama Malaysia dan jemaah hajinya yang berdisiplin dan patuh kepada undang-undang yang ditetapkan.

“Malangnya akibat kejahilan penyokong pembangkang maka 10,000 lagi rakyat Malaysia yang sepatutnya dapat menunaikan haji pada tahun ini terpaksa menunggu giliran untuk musim haji tahun depan yang belum tentu kerana tergantung kepada umur dan kesihatan.”

“Pembangkang sanggup melihat 10,000 rakyat Malaysia yang tidak berdosa menjadi korban kepartian mereka yang sempit demi untuk mencapai matlamat dan kepentingan peribadi pemimpin mereka,” katanya lagi.

Tambahnya, tunjuk perasaan yang dilakukan di Mekah dan Madinah umpama seekor kerbau membawa lumpur hingga menyebabkan yang lain habis terpalit.

“Gembala kerbau yang membawa lumpur itu ialah pemimpin pembangkang yang melontar batu sembunyi tangan,” bidasnya lagi. – MediaUMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s