FITNAH PM : CHEGUBARD MOHON MAAF ?

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memohon maaf atas kenyataannya yang membidas kerajaan berkenaan tuduhan bahawa kerajaan pusat bertanggungjawab mengedar buku latihan berlogo 1Malaysia bersama muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sekolah-sekolah.

Ketua cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin, pada pagi semalam menarik balik kenyataanya sebelum ini yang menyatakan Umno Barisan Nasional “terdesak” meraih sokongan mempergunakan pelajar sekolah demi meneruskan kesinambungan politik.

Beliau, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, mengambil tanggungjawab penuh atas kesalahan beliau mengkritik kerajaan BN ke atas isu tersebut dan menyiarkan kenyataan maaf beliau di laman blognya, chegubard.blogspot.com.

Petikan ‘berita palsu’ yang ditulis oleh laman portal Keadilan Daily Selasa lepas.Dalam artikelnya berjudul “Maaf atas kekeliruan yang tidak disengajakan”, beliau menegaskan bahawa kenyataan teresebut dikeluarkan secara peribadi, dan bukan sebagai ahli parti politik.

“Chegubard mengambil tanggungjawab penuh secara peribadi kerana kenyataan saya dalam pemberitaan tersebut tidak ada kena mengena dengan parti atau organisasi yang saya sertai,” katanya. Chegubard, yang juga pengerusi badan bukan kerajaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), mengulas lanjut bahawa kenyataannya sebelum ini adalah berdasarkan prinsip “menyatakan kebenaran dengan berani.”

“Selaku aktivis masyarakat, didikanya menyatakan kebenaran dengan berani tetapi bila sedari ada kesilapan jangan takut mengambil tanggungjawab dan mengakui.”

Permohonan maafnya muncul selang beberapa hari selepas Malaysian Digest mengeluarkan laporan berkenaan berita palsu yang ditulis oleh laman portal Keadilan Daily.

Pada Selasa lepas, laman portal itu telah melaporkan tentang kewujudan buku latihan 1Malaysia yang memaparkan logo 1Malaysian di muka hadapan, bersertakan wajah Najib.

Laman portal itu juga melaporkan bahawa buku-buku latihan tersebut telah diedarkan di sekolah-sekolah.

Laporan tersebut juga memetik kenyataan pemimpin PKR seperti Chegubard, yang menyoal samada Najib sudah takut sehingga terpaksa meletakkan gambarnya di merata tempat. Laporan itu juga memetik kenyataan ahli majlis tertinggi pusat PKR Fariz Musa, yang menuduh Najib menyerapkan elemen politik di dalam sekolah-sekolah.

Bagaimanapun, laporan Keadilan Daily telah dibidas oleh ketua projek seni Gerai 1Malaysia, June Low, yang menegaskan bahawa buku tersebut adalah hasil rekaan mereka sendiri.

Low telah berkata bahawa buku tersebut adalah antara projek seni yang direka untuk pesta seni Art For Grabs yang diadakan di The Annexe, Pasar Seni. Beliau menegaskan bahawa proke seni mereka semata-mata bertujuan parodi, dan tidak berunsurkan politik.

Low berkata bahawa beliau telah memuat turun imej muka depun buku tersebut di akau Twitter-nya, dan terkejut mendapat tahu bahawa imej tersebut telah diguna oleh Keadilan Daily bersertakan fakta yang salah.

Low telah mendesak laman portal tersebut memohon maaf bukan sahaja kepadanya, tetapi juga kepada orang ramai kerana mengeluarkan laporan yang mengelirukan dan tidak berasaskan fakta.
– MD

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s