SIAPA YANG TABUR GULA-GULA ???!!!!!!!

Tabur Gula-Gula

 

(DR MASHITAH IBRAHIM)

Dua hari sebelum Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 di Parlimen Jumaat lalu, pembangkang mengeluarkan bajet mereka.

Ini bukan kali pertama. Sebelum ini, mereka buat begitu juga. Tapi sama seperti tahun-tahun sebelum ini, bajet pembangkang ini wujud pada kertas sahaja. Tidak membabitkan wang sebenar, tiada mekanisme, strategi mahupun agensi pelaksana; sekadar janji dan lebih banyak janji.

Rakyat berasa pelik, bagaimana orang yang tidak berkuasa di Putrajaya dan tidak berkeupayaan boleh menawarkan perkara ‘bukan-bukan’. Padahal, masih banyak lagi janji yang dibuat pada 2008 dulu masih tidak tertunai. Bila rakyat Selangor menuntut pelbagai janji yang pernah dibuat berkaitan bekalan air percuma, penurunan cukai dan bantuan kewangan kepada golongan tertentu, Menteri Besarnya kata manifesto bukan janji. Manifesto bukan janji? Dari perspektif itu sahaja rakyat sudah memahami bahawa pembangkanglah sebenarnya yang menabur gula-gula bagi memenangi pilihan raya.

Kata Najib, janji ‘bulan, bintang dan cakerawala’ pembangkang yang semua pihak tahu tidak mampu ditunaikan “is not worth the paper they were written on”. Boleh baca dan simpan sahaja; tidak boleh dipakai. Sebagai contoh, bajet pembangkang tidak ada strategi khusus untuk menangani kenaikan kos sara hidup atau membantu generasi muda memiliki rumah.

Manakala Bajet 2013 yang dibentangkan Najib mengandungi lebih 100 touch points yang dapat membantu ekonomi semua warganegara, termasuk meneruskan BR1M 2.0, pemberian bonus satu bulan setengah kepada penjawat awam, meningkatkan had maksimum pendapatan bulanan bagi memohon skim PR1MA, mengurangkan bayaran pinjaman PTPTN, bantuan one off  RM1,000 bagi bekas tentera yang tidak layak menerima skim pencen, dan sekolah rintis untuk kanak-kanak kurang upaya (prasekolah).

Pembangkang menuduh “durian runtuh” dalam bajet ini menjadikan negara kita menanggung hutang lebih besar. Meskipun ada peningkatan jumlah hutang, tidak bermakna negara akan berhadapan dengan situasi cemas kerana kerajaan mampu menguruskannya dengan baik termasuk menguruskan pembayaran. Orang yang berhutang bukanlah satu masalah selagi dia mampu membayar hutang-hutangnya mengikut jadual, bahkan nisbah hutang negara tetap terkawal. Lagi pun, sebahagian besar hutang negara adalah melalui sumber dalam negeri.

Sudahlah begitu, mereka bergiat memburuk-burukkan negara dan parti memerintah serta semua yang berkaitan. Dalam kes penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) pertengahan tahun ini, pembangkang menyebar dakyah kononnya peneroka bakal kehilangan tanah. Tidak ramai peneroka percayakan dakwaan itu; para peneroka telah diyakini dengan pulangan dividen, tidak akan ada tanah tergadai dan turut berpeluang memiliki saham.

Tindakan terdesak ini berpunca daripada beberapa keadaan, antaranya ialah tahap populariti Najib, keyakinan bertambah terhadap Barisan Nasional, peningkatan 2.9 juta pengundi baru yang bakal mengundi termasuk lebih 400,000 orang di Selangor, serta sokongan golongan belia dan terpelajar terhadap kerajaan, seperti yang dapat dibaca daripada keputusan pilihan raya kampus yang baru lalu.

Pengundi muda semakin sedar bahawa mengharapkan sesuatu daripada pembangkang adalah harapan yang sia-sia kerana selepas empat tahun berkuasa di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, 22 tahun di Kelantan, belum terbina sebuah mercu tanda yang boleh dibanggakan.

BN bukan sahaja berjanji melakukan yang terbaik untuk rakyat, bahkan setiap tahun mempunyai peningkatan keupayaan yang lebih besar untuk meneruskan agenda “memakmurkan negara” dan “mensejahterakan rakyat.” Hanya pemimpin pembangkang yang bersifat populis sahaja yang marahkan bajet 2013, sedangkan rakyat semakin kenal siapakah sebenarnya yang boleh diharapkan untuk menguruskan negara dengan baik dan melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

Rakyat wajib menghakimi kerajaan secara realistik dan menggunakan segala haknya menolak pendekatan retorik yang dibawa oleh pakatan pembangkang. Generasi muda sudah mengerti manakah pendekatan yang benar-benar boleh membantu mereka membina masa depan yang cerah dan mana pula kaedah politik yang tidak berpijak di bumi.

Kenyataannya adalah jelas, bajet kerajaan melegakan rakyat manakala bajet pakatan pembangkang hanya menggunung harapan. Bajet pembangkang itu sebenarnya gula-gula pilihan raya kerana kian terdesak sedangkan tingkah politiknya semakin bercempera dan kelam-kabut. – Sinar Harian Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s