KHALID IBRAHIM, MB SELANGOR YANG BERDOSA KEPADA RAKYATNYA ?

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai anak Selangor yang sangat berdosa dan tidak boleh diampunkan apabila beliau dan kerajaan negeri Selangor menghalang dan menolak pembinaan UiTM di Serendah, Hulu Selangor.

“Kita semua tahu, UiTM ini untuk siapa? Kita nak masukkan 200,000 pelajar, itu merupakan satu usul yang dibuat oleh UMNO empat tahun lepas seperti yang dijanjikan oleh Datuk Seri Najib Razak yang mahu memberikan peluang kepada 200,000 anak-anak kita belajar di UiTM.

“Sebab itu UiTM begitu banyak dibuat di setiap negeri. Negeri Selangor, sebuah negeri maju, belum ada lagi cawangan UiTM, yang ada di Shah Alam dan di Puncak Alam, itu kampus induk. Sebab tu kita belanjakan RM400 juta, buat UiTM di Serendah, di tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kalau nak harap tanah kerajaan negeri, jangan harap dapat,” ujarnya k

epada jentera BN Bahagian Ampang pada Majlis Forum Isu Air di Ampang, di sini malam tadi.

Tambahnya, usaha kerajaan untuk membina UiTM di tanah YBK pun dihalang, ditolak dan akhirnya Datuk Ali Rustam yang untung kerana projek UiTM itu terpaksa dipindahkan ke Jasin, Melaka.

“Tambah satu lagi UiTM di Melaka. Siapa yang rugi? Orang Selangor yang rugi, anak-anak kita yang rugi. Jika dibuat di sini, ia akan memberi peluang untuk anak-anak kita masuk di UiTM.

“Nak tolak takpelah, tapi janganlah jadi penyamun. Dah tolak macam samseng, jadi penyamun pula, dia rampas tanah YBK walaupun YBK nak bayar premium tanah, dia tolak.

“Tapi Alhamdulillah, berkat doa orang-orang miskin di Selangor, baru-baruini mahkamah beritahu rompakan tanah, rampasan tanah YBK oleh kerajaan negeri tidak mengikut undang-undang dan kerajaan negeri kena pulangkan tanah tersebut kepada YBK,” tambahnya. –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s