SPRM TOLONG SIASAT NGA KOR MING !!

 

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak mendesak siasatan dijalankan ke terhadap Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung pemberian kontrak jahit baju kepada syarikat kepunyaan isterinya.

Memorandum itu diserahkan bertujuan meminta SPRM mengambil tindakan terhadap maklumat yang pernah didedahkan oleh seorang blogger tempatan.

Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris menjelaskan pihaknya menggesa tindakan mahupun siasatan dijalankan terhadap kes tersebut yang berlanjutan lebih setahun lamanya.

“Kami mahu supaya SPRM mempercepatkan siasatan kerana tiada siapa-siapa yang boleh mengatasi undang-undang di negara kita ini,” katanya.

Irwan berkata, sebelum ini laporan kes dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berikutan penganjuran majlis perkahwinan anaknya telah diambil tindakan segera oleh SPRM.

 

Walau bagaimanapun, dakwaan rasuah terhadap Kor Ming itu dilihat senyap begitu sahaja tanpa ada sebarang maklumat terkini berhubung kes tersebut dikeluarkan oleh pihak SPRM.

“Saya minta pihak berwajib memberi maklumat terkini kepada orang ramai samada terdapat sebarang laporan, tindakan atau siasatan telah dijalankan.

“Mereka selalu menuduh penyalahgunaan kuasa ini seperti rasuah sering berlaku di pihak kerajaan.

“Saya mendesak SPRM mempercepatkan siasatan supaya rakyat lebih tahu siapa yang lebih terlibat dalam rasuah,” katanya lagi.

Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Ketua Penolong Kanan  Kuasa SPRM Perak, Lina Harlina Mohd Halim pada jam 10.45 pagi mewakili pengarahnya.

Katanya lagi, jika masih tiada sebarang tindakan diambil selepas ini, beliau selaku wakil PERKASA akan membawa perkara tersebut kepada peringkat yang lebih tinggi.

“Saya akan membawa perkara ini ke Putrajaya dan memaklumkan perkara ini kepada Pengarah SPRM,” katanya.

Perak Today

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s