KEBEBASAN BERAGAMA SEPATUTNYA SAMARATA KEPADA ORANG ISLAM – NURUL IZZAH

SHAH ALAM – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.



Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ”Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.”

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya, semalam.

Forum ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ yang dihadiri Nurul Izzah adalah anjuran bersama NGO Kristian dan Islam iaitu, OHMSI (Oriental Hearts and Mind Study Institute) dan IRF (Islamic Renaissance Front) bertempat di Gereja Full Gospel Tabernacle, Wisma Eagles No 5 Jalan TP4 Taman Perindustrian UEP Subang Jaya.

IRF sebelum ini pernah disahkan oleh portal Mkini dotcom sebagai sebuah gerakan Islam Liberal di Malaysia yang juga merupakan salah satu NGO tulang belakang BERSIH.Selain Nurul Izzah, panelis lain yang turut dijemput adalah peguam dan aktivis hak asasi manusia – Malik Imtiaz,  Ahli Parlimen PAS Parit Buntar – Mujahid Yusof Rawa,  Pengerusi PKR Sarawak  –  Baru Bian,  Ketua Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura  –  Dr. Syed Farid Alatas,  Penganjur BERSIH  –  Dr. Wong Chin Huat dan aktivis Kristian  –  Datuk Kenny Ng. Forum itu dipengerusikan oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Dr Cyrus Das.
~  PISAU.net

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s