WANITA MANGSA DERA JANGAN MALU BUAT ADUAN

Wanita Mangsa Dera

KUALA LUMPUR – Kaum wanita yang menjadi mangsa penderaan tidak perlu takut atau malu untuk melaporkan penderitaan mereka pihak berkuasa termasuk polis dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon berkata, mangsa penderaan itu perlu membuat aduan segera supaya bantuan yang sewajarnya dapat diberikan kepada mereka.

“Kaum wanita harus segera membuat aduan kepada pihak-pihak berwajib sekiranya mereka didera samada dari segi fizikal dan juga emosi.

“Mereka juga boleh juga mendapatkan perkhidmatan dan bantuan jika menjadi mangsa keganasan dngan menghubungi KPWKM menerusi Talian NUR 15999,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Kempen Mencegah Keganasan Terhadap Wanita yang berlangsung baru-baru ini seperti yang disiarkan dalam satu kenyataan oleh Unit Komunikasi Korporat KPWKM di sini hari ini.

Dalam pada itu, KPWKM melalui kenyataan yang sama memberitahu, kerajaan Malaysia menguatkuasakan undang-undang bagi melindungi hak dan kepentingan wanita negara ini.

Kata kenyataan itu, antara akta-akta yang digubal bagi menangani keganasan terhadap wanita adalah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, Kanun Keseksaan, Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan gangguan seksual.

Sehubungan itu, sempena meraikan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2012, KPWKM merancang pelbagai program dan aktiviti untuk meningkatkan kesedaran kepada kaum wanita mengenai hak mereka.

Jelas kenyataan itu, wanita Malaysia akan diberi pengetahuan mengenai usaha-usaha pencegahan keganasan terhadap wanita bagi memastikan mereka dapat hidup dalam persekitaran selamat serta bebas daripada sebarang bentuk penderaan, penganiayaan dan keganasan.

Tambah kenyataan itu, majlis kemuncak kepada sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2012 akan berlangsung pada 19 Disember ini di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Putrajaya.

Menurut kenyataan itu, majlis berkenaan akan disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dan dijangka lebih 2,000 tetamu akan menghadirinya. – mynewshub.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s