GENERASI BARU DAP, GAGAL FAHAMI MALAYSIAN MALAYSIA

alt

GEORGE TOWN  – Pemimpin veteran DAP Melayu, Ahmad Ton menyifatkan DAP akan hadapi masa depan yang kabur jika pemimpinnya tidak meluaskan konsep “Malaysian Malaysia”.

Katanya DAP yang masih didominasi satu kaum bukti ahli parti terutamanya generasi baru gagal memahami maksud sebenar konsep parti pelbagai kaum dan adalah bakal menjadi satu kerugian besar untuk DAP.

“Kita kena belajar apa itu DAP yang lebih dari satu bangsa. Kalau tidak memikirkan itu, saya rasa sukar bagi DAP pada masa akan datang, kalau tidak menilaikan bangsa Malaysia,” katanya kepada pemberita pada akhir Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di sini, Ahad.
Konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP ialah membawa maksud kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara.

Ahmad berkata, kini terpulanglah kepada DAP untuk membuktikan kebenaran konsep Malaysian Malaysia itu.

Setiausaha Agung Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pelantikan dua wakil Melayu iaitu Senator Ariffin S.M Omar dan Zairil Khir Johari setelah kesemua calon Melayu gagal memenangi jawatan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

Ahmad yang juga naib pengerusi DAP Johor telah berjuang selama 36 tahun dalam DAP hanya memperoleh 347 undi.

Ariffin ketika ditemui berkata, bagi meneruskan impian pakatan pembangkanguntuk menawan Putrajaya, DAP tidak boleh mengenepikan kepentingan dan kebajikanorang Melayu.

“Mereka nak menuju ke Putrajaya sudah pasti mengambil kira kepentingan orang Melayu. Maka untuk masa depan yang jelas, ini tak dapat dielakkan,” katanya.

Mengenai ketiadaan wakil Melayu dipilih dalam CEC, beliau berkata ramai pemimpin Melayu DAP tidak dikenali dan ini menyukarkan mereka untuk meraih sokongan perwakilan DAP yang majoritinya adalah kaum Cina.

Sementara itu, V. Sivakumar yang dipilih sebagai setiausaha antarabangsa dalam CEC 2012-2015, berkata struktur parti itu akan mendorong bangsa India untuk bekerja lebih keras demi mendapatkan sokongan.

“Kami tidak boleh mencabar sistem demokrasi atau mempengaruhi para perwakilan. Orang India dan Melayu hari membentuk lebih banyak cawangan di seluruh negara. Ini merupakan satu lagi tugas buat kami untuk menghantar lebih ramai perwakilan untuk mengubah senario di masa depan,” katanya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s