SHAH RUKH KHAN SANGAT MENGAGUMI TUN M

Bukan sekali tetapi lebih dari itu, megastar Bollywood, Dato’ Shah Rukh Khan akan memastikan untuk bertemu mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai lambang persahabatannya terhadap tokoh pemimpin disegani global itu.

Buktinya, malam semalam bintang kesayangan ramai itu sanggup terbang jauh dari England untuk meraikan ulang tahun ke-87 Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah majlis meriah di Hotel Le Meridien.

Bercakap kepada pihak media pada majlis yang dianjurkan Lord’s Tailor itu, Shah Rukh Khan berkata dia sesungguhnya amat mengkagumi tokoh berkenaan.

Dia juga mengakui tidak pernah ketinggalan menyambut hari ulangtahun kelahiran bekas Perdana Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed setiap tahun.

“Saya mula mengenali beliau (Tun Dr Mahathir) sejak 15 tahun yang lalu. Sejak mengenali beliau, hidup saya lebih bermakna kerana beliau inspirasi buat diri saya sendiri, ” katanya secara ringkas.

Shah Rukh Khan juga berkata, bapa pembangunan negara itu merupakan sahabat karibnya dan dia akan memastikan untuk berjumpa dengan beliau beberapa kali dalam setahun.

“Setiap kali bertemu dan berbual dengan beliau, saya rasa cukup senang. Beliau sangat bijak dan mempunyai pengetahuan yang cukup luas dan besar. Saya bertuah kerana dapat mengenali beliau.

Shah Rukh Khan yang sepatutnya mendarat dengan jet peribadinya sekitar jam 5.30 petang, bagaimanapun hanya tiba sekitar jam 7 malam dan telah membuat kemunculan istimewanya di hadapan Tun Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan lebih 200 tetamu sekitar jam 10 malam.

Sementara itu dalam ucapannya di hadapan lebih 200 tetamu, Shah Rukh Khan berkata Tun Dr Mahathir merupakan mentor buatnya.

“Dua bukan saja mentor buat saya, malahan merupakan salah seorang individu paling bermakna dalam hidup saya. Saya akan sentiasa membawa prinsip dan falsafahnya ke mana saja saya pergi,” katanya.

“Pada sambutan ulangtahun beliau yang ke-87 ini, saya ingin mendoakan kesejahteraan beliau.

“Mudah-mudahan beliau akan diberikan usia yang lebih panjang dan kesihatan yang lebih baik serta dapat meneruskan bakti padanya pada masyarakat,” katanya lagi.

Biarpun sibuk dengan penggambaran filem di England, namun Shah Rukh Khan sempat meluangkan masa menyambut hari ulangtahun Tun M yang ke-87 itu dengan menaiki jet peribadinya.

Tiba sejam selepas acara bermula, Shah Rukh Khan telah memberikan penghormatan buat Tun M dengan membawakan lagu Happy Birthday serta Kuch Kuch Hota Hai sewaktu acara memotong kek dilakukan.

Sejurus selepas acara selesai, Shah Rukh Khan telah bergegas pulang untuk menyambung penggambaran filemnya itu.

Sumber : MPP Onlie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s