NIZAR LULUSKAN KOMPONEN BALAK IKUT PINTU BELAKANG ?

IPOH –  Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Jumaat mendakwa Datuk Seri Nizar Jamaludin meluluskan komponen balak kepada beberapa syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Balak.

Zambry mendakwa Mohamad Nizar (PAS-Pasir Panjang) menggunakan kuasanya sebagai menteri besar ketika itu untuk meluluskan permohonan komponen balak berkenaan.

“Biasanya Jawatankuasa Balak akan bermesyuarat dan melihat senarai permohonan, kemudiannya baru diluluskan. “Tetapi Adun Pasir Panjang luluskan menggunakan kuasanya tanpa memanggil mesyuarat,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2013 Perak pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Jumaat.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Setiawan) yang tidak berpuas hati kemudian bangun dan meminta Zambry menunjukkan bukti dakwaan itu.

“Saya ada bukti, bukan saya tidak boleh tunjuk,” kata Zambry sambil menunjukkan beberapa helai kertas.

Mohd Nizar turut mencabar Zambry untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya minta SPRM ambil dokumen ini selepas ini,” kata Zambry.

Mohd Nizar yang ditemui di luar dewan kemudiannya menafikan beliau pernah membuat kelulusan berkenaan tanpa melalui jawatankuasa itu.

Persidangan dewan yang berakhir hari ini meluluskan Belanjawan 2013 Perak berjumlah RM948.47 juta.

Isnin lepas, Zambry membentangkan belanjawan negeri dengan RM626.27 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM322.2 juta untuk perbelanjaan pembangunan.

–  BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s