PKR SOKONG PAS, IZINKAN DAP PERGUNAKAN KALIMAH ALLAH

Post Pic

 SHAH ALAM : PKR hari ini mengambil pendirian yang sama dengan PAS apabila menegaskan penggunaan perkataan ‘Allah’ boleh digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Sekaligus dilihat pendirian ini mendokong gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu perkataan ‘Allah’ digunakan di dalam AlKitab (Bible).
Ketua Penerangan, Dr Mohamad Nor Manuty yang dihubungi portal berita ini tadi sependapat dengan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dan tidak berganjak daripada pendirian tersebut.
“Bagi PKR, kita gunapakai pendirian lama, mudah saja.
“Pendirian PKR maksud saya sama dengan PAS, sama dengan jawapan Hassan Tantawi,” katanya.
Bagaimanapun PAS menegaskan penggunaan perkataan Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.
Diminta mengulas lanjut bersabit gesaan terbaru atas prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti yang datang daripada Setiausaha Agung DAP itu, Manuty bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
“Tak payahlah, dah selesai dah, cukuplah,” katanya.
Ketika ditanya mengenai pendirian PKR, Manuty menegaskan isu ini pernah dibincangkan sebelum ini dan parti itu masih berpegang pada pendirian yang sama.
“Kita dah bincang perkara ini, tak payahlah dibincangkan lagi dah perkara ini,” katanya.
Semalam, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) Ismail Mina Ahmad menggesa Guan Eng berhenti memperlekehkan perasaan umat Islam di negara ini apabila mahu perkataan ‘Allah’ digunakan semula dalam Al-Kitab versi Bahasa Malaysia.
Ismail berkata tindakan Guan Eng tersebut boleh mengundang kontroversi dikalangan penganut Islam memandangkan ia akan membuka ruang yang lebih besar kepada ketegangan di antara penganut agama di negara ini.
“Ini adalah satu provokasi yang serius kepada umat Islam di Malaysia dan kita harap (Lim Guan Eng) berhenti membuat provokasi ini.
“Di Indonesia sudah ada satu gereja yang bernama Gereja Sidang Jelmaan Allah, ini akan memberikan satu impak yang distraktif kepada penganut Islam dan saya bimbang perkara ini akan timbulkan ketegangan masyarakat,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s