4 BUAH SEKOLAH DI SEMENANJUNG TIDAK SERAH WANG BANTUAN PERSEKOLAHAN

ne_01.1

BELURAN: Kementerian Pelajaran menerima laporan terdapat empat sekolah yang tidak menyerahkan bantuan khas awal persekolahan kepada pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata keempat-empat sekolah di semenanjung itu berbuat demikian bagi menggunakan wang itu untuk yuran aktiviti di bawah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Sebaik menerima laporan itu, sekolah berkenaan dengan serta merta diarah menghentikan tindakan itu dan mengembalikan wang bantuan kepada ibu bapa pelajar.

“Kami mahu bantuan itu sampai kepada ibu bapa dan menggunakannya untuk pendidikan anak mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Membina Bangunan Asrama sekolah itu di Paitan, Ahad.

Beliau berkata kementerian sempat menghentikan tindakan dua daripada sekolah itu yang mengeluarkan surat untuk mendapatkan persetujuan ibu bapa menggunakan wang bantuan itu bagi bayaran yuran PIBG manakala dua lagi sekolah diminta mengembalikan wang itu kepada ibu bapa.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa melaporkan kepada kementerian jika ada sekolah tidak menyerah atau memotong jumlah wang bantuan yang sepatutnya diberi kepada mereka. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s