MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN MB KHALID

 Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Kerajaan Selangor, Menteri Besar Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk membatalkan saman difailkan 711 pengguna air negeri itu tahun lalu.

 Hakim Datuk Hashim Hazmah membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak pagi tadi. Beliau menolak permohonan kesemua defenden tersebut dengan kos. Kesemua 711 pengguna air Selangor adalah kumpulan pertama yang mengambil tindakan undang-undang pada September lalu terhadap ketiga-tiga pihak terbabit kerana gagal membekalkan bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008 Pakatan Rakyat.

Mereka memfailkan saman itu pada September lalu bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM405,270 daripada Kerajaan Negeri Selangor. Dalam penyata tuntutan, kesemua 711 pengguna air itu antara lain mendakwa semasa kempen pilihan raya pada Mac 2008, rakyat di negeri Selangor dijanjikan mendapat air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pengguna domestik.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa, mereka tidak menerima subsidi air percuma itu dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas bil air mereka yang dikeluarkan oleh Syabas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s