ANWAR TAHU SABAH AKAN DICEROBOH ?

AIDCNews – 11/03/13 – Lebih kurang sebulan sebelum kumpulan pengganas menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 8 Januari 2013, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membangkitkan persoalan ‘pergerakan berbatalion tentera’ di sekitar ibu kota dan beberapa daerah. Namun, Anwar tidak menyatakan secara spesifik daerah manakah yang dimaksudkan itu.
Dalam sidang media Kepimpinan Pakatan Rakyat di Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara
8 Januari itu, Anwar dilihat cukup ‘mengetahui’ tentang ‘pergerakan tentera itu’ seperti melakukan pemantauan secara harian.
“Maklumat kita perolehi dalam beberapa minggu menjelang pilihanraya, kita dengar ura-ura gerakan tentera besar-besaran, pergerakan pemindahan batalion di sekitar ibu kota dan beberapa daerah.
“Saya anggap ini sebagai gerakan biasa dan saya harap pihak pimpinan tentera memberikan penjelasan supaya ini tidak dikaitkan dengan percubaan untuk menakut-nakutkan sebahagian daripada penduduk di negara ini terutama kerana lonjakan sokongan kepada Pakatan Rakyat itu sangat ketara kebelakangan ini.
“Jadi, kita tidak mahu mana-mana pihak menggunakan pasukan keselamatan untuk tujuan pilihanraya.
“Jadi, sebab itu saya ingat kenyataan daripada pimpinan pihak tentera itu dialu-alukan, kata Anwar.
Kumpulan bersenjata yang mengaku dirinya, ‘tentera Kesultanan Sulu’ mula menceroboh secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 9 Februari 2013.
Penceroboh bersenjata itu mula bertempur dengan pihak polis pada 1 Mac setelah tempoh rundingan hampir selama 20 hari gagal mencapai penyelesaian.
Dalam pertempuran awal, 2 komando polis dan 10 penceroboh mati terbunuh.
Pada 4 Mac, setelah bilangan anggota polis mati terbunuh meningkat kepada 8 orang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarahkan untuk mengambil alih dan bekerjasama dengan polis menentang pihak penceroboh.
Maka, pada tarikh itu juga, bermulanya pengerakan berbatalion tentera yang diperkatakan Anwar sebulan sebelum itu.
Sumber : GAP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s