APA MOTIF DAP MAHU BERTANDING GUNA LOGO PAS ??

PAS mengalu-alukan cadangan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang untuk bertanding di bawah logo PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya menjelang PRU13.

“Jika berlaku pembatalan, PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun PKR,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini kepada Harakahdaily.

Mustafa memberikan reaksi kepada cadangan Lim yang menyatakan kesediaannya untuk bertanding di bawah lambang PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.

Di Twitter, bagaimanapun Ahli Parlimen Ipoh Timur itu melahirkan kebimbangan timbul konspirasi untuk mengelakkan partinya bertanding di PRU13.

“Tiada sebab untuk ROS untuk membatalkan DAP! Tapi konspirasi tertinggi di dalam jabatan mainan kotor BN akan menggantung/membatalkan DAP supaya lambang Roket tidak boleh digunakan pada PRU13 kerana BN takut pada PRU13.

“(Saya telah) memberitahu wartawan bahawa BN bersalah menyalahgunakan kuasa untuk membatalkan DAP dengan tidak mengikut perlembagaan supaya simbol roket tidak dapat digunakan di PRU.

Maka dengan itu, calon-calon DAP akan bertanding sebagai calon bebas atau meminjam logo PAS/PKR. Jika BN salahguna kuasa, saya mungkin akan guna logo PAS di PRU13 untuk menguatkan PR,” tulis Lim di Twitter.

Semalam, bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menggesa DAP diambil tindakan oleh ROS kerana gagal mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi. (MPP ONLINE)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s