APAKAH FUNGSI BTN YANG SEBENARNYA ?

Cerita tentang Biro Tata Negara ini sebenarnya cukup banyak. Malah kalau diceritakan dan didedahkan semuanya, tentu ketebalan laporan boleh mengatasi ketebalan kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Walaupun Biro Tata Negara seharusnya berada dalam kepompong kerahsiaan, namun pergerakan dan tingkahlaku sebilangan pembesar-pembesarnya, telah membuatkan ramai yang tertanya-tanya motif sebenar kewujudan BTN terutama pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Secara ‘kasarnya’, BTN ditubuhkan pada tahun 1974 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dengan nama Unit Penyelidikan Belia untuk menangani masalah pemikiran jahat yang dicambahkan ke kepala anak-anak muda pada waktu itu khusus kepada mahasiswa, para pelajar dan anak-anak muda. Pada tahun 1982, Unit Penyelidikan Belia telah bertukar nama menjadi Biro Tata Negara.

BTN menyanggah dan menangani unsur-unsur radikalisme yang cuba diterapkan dan disemaikan oleh golongan yang ditaja oleh Orientalis seperti Anwar Ibrahim dan gerombolannya.

Antara tugas utama BTN pada waktu itu ialah memadamkan benih-benih demonstrasi jalanan dengan memberikan maklumat benar tentang dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Pelbagai program penerangan dijalankan untuk mendidik rakyat Malaysia agar menjadi warga yang berguna kepada negara.

Pada tahun 1999, BTN ‘dipulihkan’ semula di bawah pengurusan Tan Sri Nordin Kardi dan berjaya menumpaskan demonstrasi jalanan dan menenangkan negara untuk kesejahteraan semua.

Bermula dari situlah, para pemimpin pembangkang, khususnya DAP melihat BTN sebagai jentera yang perlu dilumpuhkan dan perlu diperlihatkan sebagai musuh negara. DAP telah menjalankan pelbagai kempen memburuk-burukkan BTN termasuklah menyatakan kewujudan BTN hanya membazir wang negara. BTN juga dikatakan menjumudkan dan membodohkan anak-anak muda dengan pendoktrinan agar setia dan patuh kepada kerajaan.

Tahun-tahun kebelakangan ini, terutama apabila BTN dibelasah dan dikritik teruk oleh Anwar Ibrahim, BTN mula dipersoalkan kewajaran dan keberkesanan kewujudannya. Walaupun ketika menggenggam kuasa dahulu, BTN merupakan agensi yang paling banyak dipergunakan oleh Anwar Ibrahim, sehinggakan cerita tentang penghapusan semua fail dan bukti ‘arahan’ serta ‘kerja-kerja’ untuk Anwar Ibrahim sebaik-baik sahaja dia hilang kuasa, cukup popular.

Sudah terlalu banyak tindakan melibatkan BTN yang dipersoalkan. Ketidakberkesanan BTN sentiasa terbukti. Pengalihan kiblat anak-anak muda, semakin menjelaskan bahawa BTN tidak lagi relevan di negara ini.

Ke mana hala tuju BTN sebenarnya sekarang ini? Adakah para pemimpin tertinggi BTN sudah cukup berpuas hati dengan apa yang berlaku dan mereka pula mendapat gaji serta elaun bulanan secara tetap tanpa sebarang ancaman?

Ada pihak yang cuba membela BTN daripada kritikan dalaman. Anehnya, pembelaan tersebut tidak pula disusuli dengan kejayaan BTN menelusuri asal mula kejadiannya. Sebaliknya BTN kelihatan lebih kepada sebuah badan yang cuba menentukan siapa yang pegang kuasa dan berkuasa.

BTN seharusnya kembali ke landasan asal iaitu kembali menumpukan kepada golongan sasaran, golongan muda.

Protes jalanan banyak melibatkan anak muda sama ada mereka dari kalangan pelajar universiti, pelajar sekolah, pelajar keciciran bahkan yang tidak berpelajaran sekalipun. Semakin ramai golongan muda yang berada di jalanan bertujuan untuk melakukan kekerasan, bermakna semakin tidak berkredibiliti jugalah BTN pada mata masyarakat.

Apakah sebenarnya di dalam BTN, sudah mula menjadi lubuk dan sarang golongan yang kiblatnya adalah Anwar Ibrahim? Apakah sebenarnya BTN sekarang ini wujud hanya untuk memusnahkan kerajaan sedia ada memandangkan musuh yang dihadapi dari tahun 1974 lagi adalah orang yang sama?

Atau sebenarnya, barisan kepimpinan BTN sebenarnya sudah terlalu tua untuk golongan muda, sekaligus memerlukan rombakan besar-besaran badan berkenaan bagi memastikan, destinasi dan tujuan kewujudan BTN kekal relevan? Sumber : Perak Today

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s