REMAJA DICULIK HINA ISLAM ADA KAITAN DENGAN BLOGGER SEKS ?

KUALA LUMPUR – Polis yakin kes culik dan membogelkan seorang penjaga kaunter kafe siber di sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam, semalam, adalah tindak balas pihak tertentu terhadap pasangan kontroversi, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, yang mempersendakan Ramadan dan umat Islam di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal percaya motif perbuatan itu adalah membalas dendam terhadap pasangan terbabit yang telah menyinggung umat Islam baru-baru ini.

“Apabila timbulnya isu sensitif begini maka ada pihak yang tidak berpuas hati dan mengambil tindakan sendiri.

“Mungkin mangsa ada bercakap sesuatu yang boleh menyinggung bangsa serta agama pihak lain dan dalam situasi sekarang ini (rentetan kes Alvin dan Vivian), mangsa telah menerima akibatnya,” katanya selepas menerima kunjungan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) ke Bukit Aman di sini hari ini.

Khalid seterusnya berkata, pihaknya memandang serius kejadian tersebut dan tangkapan terhadap empat orang lelaki yang dipercayai terlibat telah dibuat pagi ini.

“Saya nasihatkan supaya masyarakat tidak lagi menimbulkan suatu isu yang boleh menyinggung perasaan kaum lain. Saya telah mengeluarkan arahan supaya memantau rapi kes sebegini dengan tindakan cepat terus diambil,” katanya.

Dalam perkembangan kes Alvin dan Vivian, Khalid memberitahu, polis kini membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 298 (A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan dan benci-membenci hingga memudaratkan perpaduan

“SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) telah menyiasat kes itu namun polis akan meminta kedua-dua mereka turut hadir ke balai polis untuk dirakam percakapan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dua daripada suspek yang menculik penjaga kaunter kafe siber tersebut ditahan di Bukit Jalil dan bakinya masing-masing di Kampung Medan, Petaling Jaya dan Ampang awal pagi ini.

Beliau berkata, kesemua suspek yang berusia lingkungan 20-an telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Kesemua suspek yang antaranya merupakan penganggur ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan polis kini sedang mencari empat lagi lelaki untuk membantu siasatan kes yang sama,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Menurut Zahedi lagi, pihaknya membuat tangkapan tersebut selepas menerima laporan mengenai penculikan mangsa daripada keluarganya semalam.

“Selepas mangsa ditemui, polis membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan dan dia dibenarkan pulang tanpa diambil keterangan kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

“Kita akan cuba mendapatkan keterangannya sama ada pada lewat petang ini atau esok pagi bersama teman wanitanya sekali,” tambah beliau.

Dalam kejadian pukul 3 pagi semalam, mangsa dan teman wanitanya diculik sekumpulan lapan lelaki menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard ketika berada di sebuah restoran.

Mangsa kemudian dibawa kumpulan suspek terbabit ke sebuah kawasan hutan sebelum dibogelkan seterusnya ditinggalkan di tepi jalan di Kilometer 4.5, Lebuh Raya Duke berhampiran susur masuk ke Setiawangsa.

Sumber memberitahu, kumpulan lelaki tersebut hanya menculik mangsa dan meninggalkan teman wanitanya di restoran tersebut bersama semua barang peribadi mangsa seperti telefon bimbit, rantai emas dan dompet.

“Selain dibogelkan dengan seluar, baju dan pakaian dalamnya dilarikan, badan mangsa turut diconteng.

“Mangsa bernasib baik apabila seorang penunggang motosikal yang juga seorang anggota polis melalui kawasan terbabit pada pukul 12.30 tengah hari semalam, sebelum menyelamatkan lelaki tersebut dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s