TIPU PENIAGA RM65K, KETUA MIC DIDAKWA

Post Pic

SEPANG: Ketua MIC Taman Kajang Utama, Datuk Seri Dr V S Suwaminathan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menipu seorang peniaga berkaitan lesen membawa masuk pekerja asing.

Suwaminathan, 52, didakwa menipu P Ganesan, 31, dengan menawarkannya lesen membawa pekerja asing yang sebenarnya tidak wujud dan memperdayakan mangsa untuk memindahkan wang sejumlah RM65,000 ke dalam akaun tertuduh di sebuah bank di Cyberjaya dekat sini, 10 pagi 22 Oktober 2010.
Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Uma Devi Balasubramaniam memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin dan pasport tertuduh diserah kepada mahkamah.
Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Collin Andrew meminta mahkamah mempertimbangkan kedudukan anak guamnya yang memegang beberapa jawatan penting antaranya sebagai Ketua MIC Taman Kajang Utama, Selangor dan anggota Lembaga Hakim Pelawat Penjara Kajang.
Hakim Norhayati Mohamad Yunus membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 23 Ogos untuk sebutan semula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s